Sunday, November 26, 2017

Cara Mudah Untuk berhenti merokok dan ini langkahnya

Berhenti merokok ternyata ujian yang sukar buat semua perokok tegar. Pelbagai kaedah sudah diambil, malah kerajaan dan pihak lain yang terlibat turut membantu dalam mengemukakan pelbagai cara, namun masih belum berkesan.

Apa lagi yang boleh anda lakukan? Ada 10 cara yang boleh anda cuba. Semoga anda berjaya!

Cara Mudah Untuk berhenti merokok dan ini adalah langkahnya
sumber gambar dari google
1) BERHENTI SEKARANG! JANGAN BERLENGAH– Jika anda ingin berhenti, berniatlah untuk henti dan ketika anda di dalam ‘mood’ yang baik.


2) MOTIVASI DIRI– Motivasikan diri dan kemahuan yang tinggi, komited dan bersunguh-sungguhlah capai tujuan berhenti merokok. Tiada hasil yang positif lahir dari tabiat merokok.

3) JANGAN LAKUKAN SEORANG DIRI- Carilah kawan / rakan sekerja dan lakukan bersama-sama. Pastikan juga dia  punya niat yang sama. Lagi ramai lagi bagus. Saling nasihat-menasihati.

4) DAPATKAN SOKONGAN KELUARGA- Jika anda ingin berhenti, pastikan dapat sokongan kuat dari keluarga anda tahu akan niat dan usaha anda itu. Jika anda sudah punya keluarga pula, minta pada isteri untuk sentiasa memantau perkembangan anda.

5) SOROK/BUANG ‘SEBATANG ROKOK’ SETIAP HARI- Untuk elakkan lagi banyak bahan nakotin berbahaya masuk ke dalam tubuh badan anda, amalkan untuk buang sebatang rokok setiap hari. Anda juga boleh sorokkan beberapa batang dari pandangan mata  anda. Jadikan ia sebagai satu rutin


6) BUANG SEGALA BENDA BERKAITAN DENGAN ROKOK- Ambillah inisiatif untuk membuang segala benda yang boleh mengingatkan anda pada tabiat merokok. Contohnya kotak-kotak rokok yang lama, bekas abu rokok, pemetik api mahupun mancis.

7) ALIHKAN PERHATIAN ANDA- Bijaklah dalam usaha untuk alihkan perhatian anda. Contohnya, apabila anda ingin merokok, lakukanlah sesuatu seperti bersenam, bermain permainan video di komputer, mendengar lagu di iPad dan lain-lain.

8) BUATKAN SENARAI-  Buatlah senarai. Pertama, senaraikan keburukan merokok seperti penyakit-penyakit berbahaya dan tampalkan di dinding rumah atau pejabat. Selain itu, anda juga boleh senaraikan kebaikan anda berhenti merokok.

9) BERIKAN GANJARAN- Minta bantuan ahli keluarga dan rancanglah ganjaran yang boleh anda terima jika berhenti merokok.

10) CIPTA AREA ‘JANGAN MEROKOK’- Ciptalah area ‘Jangan Merokok’ dengan membeli pelekat atau poster dan tampalkan di setiap sudut kawasan kediaman anda.

Cara Mudah Untuk berhenti merokok dan ini adalah langkahnya

1 comments

Nak henti rokok memang susah. saya ambil masa lebih dari setahun baru berjaya. Buat senaman di gym bersama geng-geng merupakan cara yang saya amalkan untuk henti rokok.