Thursday, August 10, 2017

Lagi complain tidak baik dari Pengguna Webe

Ditulis Oleh : Faris Izzat Mohd Latfi
Sumber : https://goo.gl/kiekwe
Gambar : Google

Webe bangang suka hati je potong line orang!!!!!!

Saya merupakan pelanggan Webe sejak Ogos 2016, dimana saya merupakan antara pelanggan terawal yang menyertai Webe secara jemputan, dimana ianya memerlukan kami menjadi pelanggan Streamyx yang aktif.

Saya akui tawaran webe yang menawarkan pelan unlimited data, SMS dan CALL membuatkan saya berhijrah dari Celcom yang telah saya guna sejak 15 tahun lepas.

Lagi complain tidak baik dari Pengguna Webe
Lagi complain tidak baik dari Pengguna Webe 
Saya sangkakan, dengan pengurusan baru, Webe yang sebelum ini dikenali dengan P1 Wimax telah berubah.

Ianya pengalaman yang bagus pada mulanya. Bulan pertama saya guna, saya berjaya hit top speed download pada 30mbps dengan rangkaian LTE. Dan saya langsung tak rungsing bila budak2 nak layan youtube ke apa ke sebab UNLIMITED. Apa ada hal. 30gb untuk bulan pertama dan saya lega sebab tiada lagi masalah data.

Namun segalanya bertukar mimpi ngeri apabila WEBE membuka pendaftaran kepada semua pelanggan.
Kahkahkah. Yang ini memang tahi.

Dari speed 30mbps sekarang ni nak hit 4mbps pun tak lepas. Majoriti memang 2mbps je manjang. Dahlah youtube dia capped.

Selalu dropcall. (Saya pernah buat aduan pada september dan sekarang dah improve sedikit).

Namun saya masih boleh bersabar dengan segala kekurangan kerana yang penting, UNLIMITED!!!

Kemudian babi pun terbang ke planet pluto!

Ya, selepas network jammed habis sebab diorang katanya sedang buat penaiktarafan yang entah bila siap, diorang mula buat dajjal. Padahal network dah jammed sebab ramai user port in ke webe.

Pada bulan mac, saya ada membuat aduan kepada pihak Webe mengenai kesukaran saya membuat bayaran bil kepada pihak Webe.

Lagi complain dari Webe

Kesukaran Membayar Bil Webe


Ya! KESUKARAN MEMBAYAR BIL! Kita nak bagi duit pada mereka, tapi mereka tolak. Webe menyediakan kaedah bayaran bil secara online melalui app selfcare mereka, namun setelah puluhan aduan dibuat bahawa aplikasi ios mereka tidak berfungsi dengan baik, sama ada melalui call, emel, serta sistem aduan menerusi aplikasi dan web, livechat hari ini mereka buat dajjal dengan memblok akaun saya.

Selain daripada aplikasi selfcare, pelanggan boleh membuat bayaran bil melalui JOMPAY (turut bermasalah), web (juga bermasalah), autodebit (kini bermasalah) dan melalui TMPOINT. Selaku seorang pengguna, saya SERINGKALI memilih kaedah membuat bayaran secara online kerana ianya mudah dan tidaklah membuang masa dan minyak jika saya memilih kaedah membuat bayaran di TMPOINT.

Untuk makluman, masalah turut berlaku jika membuat bayaran menerusi web dimana amaun yang terpapar adalah tidak sama dengan amaun yang sebenar perlu dibayar. Untuk masalah ini juga telah saya adukan kepada webe menerusi emel namun masih TIADA jawapan konkrit daripada WEBE.

Dan akibat kesukaran membayar bil secara online, saya apply autodebit dan masalah saya selesai buat sementara. Namun pada bulan ketiga tanpa sebarang alasan munasabah, duit dalam akaun pun ada, mereka menghantar emel dan sms mengatakan autodebit bermasalah dan tidak dapat membuat potongan.

Bulan keempat iaitu bulan ogos, saya mendapati akaun saya telah didebit dengan jumlah 165.50 iaitu bersamaan bil 2 bulan Webe pada 4 ogos 2017.

Saya meneruskan kehidupan seperti biasa.

Dan pagi ni ini yang berlaku. Nasib baiklah saya dah sampai ke tempat kerja dan boleh pinjam phone orang lain.

Saya tak boleh bayangkan jika tengah drive kat gurun mana-mana, highway mana-mana, kalau tayar terpancit ke, kereta break down tetiba, keluarkan phone tapi phone kena bar sebab webe cakap saya tak bayar bill sedangkan mereka dah autodebit sejak 2 hari lepas!

Ya hari ini (6.8.17) Webe dengan sengaja memotong bil saya dan mereka mendakwa saya TIDAK membuat bayaran.
Bila dah blok ni, internet,call, sms semua tak jalan melainkan no hotline webe.

Musykil dengan SMS dari webe, saya membuat panggilan kepada hotline webe memaklumkan perkara ini dan meminta mereka untuk mengaktifkan akaun saya kerana bayaran sudah ditolak dari akaun saya.

Mereka bukan sahaja MENOLAK malah MENAFIKAN bayaran sudah diterima pada 2 hari lepas. Yang ni yang buat saya hangin!

Saya guna CELCOM lebih 12 tahun tak pernah ada pengalaman Celcom taknak duit Customer. Caj lebih adalah!

Bukan sekali bil saya kena blok, bukan sekali saya buat ADUAN kepada Webe berkenaan kes bayaran TAK diterima ni.

Dah berpuluh kali saya bersabar, buat aduan secara internal direct ke webe, tapi tiap kali tu lah kau buat tahi wahai webe bab......

Screenshot, video, panggilan ke hotline, emel, live chat semua saya dah guna untuk hantar aduan mengenai masalah saya tapi dia buat bodoh je.

Sa acuba semua alternatif bayaran online yang webe offer, Web (masalah) aplikasi selfcare (masalah), jompay (masalah), sekarang ni autodebit pun masalah! Yang saya tak boleh pergi bila bahagian teknikal dia suruh saya bayar guna android! Kah), maknanya solusi yang dia offer adalah bila pelanggan spend beribu untuk beli iphone, dia suruh pelanggan spend lagi beratus ringgit untuk beli android SEBAB nak bayar bil dia.

Yang solusi ni pun aku dah tak habis gelak webe oi! Pasal app ni pun saya dah bagitahu diorang, masalahnya adalah connection payment gateway dia yang selalu sangkut. Selesaikanlah masalah tu.

Jadi kat sini saya nak menyeru kepada #skmm, pihak berkuasa; sila ambil tindakan kepada Webe sebab dah berbulan saya komplen masalah ni, diorang tak boleh nak setel2.

Kita dah buat bayaran, dia blok. Bukan sekali tapi banyak kali.
Dah satu hal pulak kita kena buat call, emel bukti resit sebab sistem cap ayam yang diorang gunakan.

Dah la say call operator tadi mintak untuk aktifkan line, dia refuse untuk aktifkan sebab tak terima dan suruh saya pergi ke cafe untuk pinjam wifi internet dan emel ke dia bukti pembayaran. Gila memalukan weh! Ni cerita pasal orang yang dah buat bayaran la bodoh. Yang angkat first call saya, agak non-muslim sebab slang dia bercakap. Saya taknak cakap dia kaum apa, takut jadi racial issue pula, cuma dia cakap dengan jelas dia tak aktifkan line saya selagi saya tak emel dia bukti pembayaran.

Kemudian saya buat call lagi sekali barulah ada operator melayu yang faham bahasa boleh aktifkan talian balik. Dan dia suruh say buat bayaran dalam masa 3 hari kalau tak nanti dia blok. Terpaksalah TIPU dan cakap nanti saya bayar.

Gila. Bila kita buat auto debit, kita dah buat advance payment sebulan. Maknanya kita belum guna lagi servis diorang, dia dah caj kita dulu. Sekarang dia suruh aku BAYAR lagi sedangkan aku dah buat advance payment kot.

Saya pernah guna celcom, yes, maxis, digi, umobile dan dah tanya berpuluh orang tak pernah lagi dengar kes nak buat bayaran online tapi tak dapat.

Kalau ada rakan korang yang berhajat nak port out ke WEBE, saya cadangkan korang bagitahu suruh diorang cancel hajat diorang. WEBE ni cap ayam!

Mintak diorang berhenti berniaga lagi bagus dah kalau tak reti nak selesai masalah.

Senang-senang boikot je la webe ni!


Kesimpulan 


Sebenar nya semua telco ada masalah masing2...webe ni pun baru lagi nak menapak...atleast webe ni xde contract,unlimited data.call n sms..mana ada lgi telco yg ada unlimited data without capping..dg pun capping 5mbps...networks tu biasa la..if user tinggi mmg akan jdi la floating..lgi pun dah awl2 dlm web webe bgithau untuk penggunaan internet yg kuat kena pakai hp yg lte 4g or band 5..hp lain blh juga cuma tuk dapat ntwork yg ok biasa la...pasal payment...

autodebit if xboleh sepatutnyet try la juga check dgn bnk yg issue cdt card juga..jgn trus salahkan telco sebab autodbit xfunction..setiap error dia ada code so better check betul2..aku pun pengguna webe..penah pakai maxis,digi,celcom n umobile..setiap telco ada masalah xde yg perfect..nk perfect p buat telco sendiri n pakai sendiri..