Di sini aku akan cuba memberikan sedikit panduan kepada korang semua berkenaan dengan etika penulisan di blog mengikut pandangan aku dan juga blogger lain.
Etika penulisan di blog dengan betul |
Berikut adalah Etika Penulisan Di Blog:
1) Dalam penulisan jangan terlalu short form sangat macam SMS. Elakkan menggunakan perkataan short form dan gunakan perkataan penuh bagi memudahkan pembaca lebih memahami.
2) Gunakan bahasa yang baik dan jangan menggunakan perkataan buruk seperti ini 'bodoh' ,'babi' dan sebagainya.
3) Berkongsilah perkara yang baik. Perkara yang baik di sini bermaksud korang berkongsi petua, pengalaman, tip-tip dan banyak lagi yang mungkin berguna untuk rakan-rakan blog.
3) Jangan copy-paste bulat-bulat entry orang lain melainkan setelah mendapat keizinan tuan empunya entry. Aku akui ada juga yang aku copy-paste entry blog lain dalam blog ini tetapi aku akan kreditkan orang itu seperti yahoo.com (kesihatan & teknologi) dan jejakaterhangat.blogspot.com. Begitu juga dengan gambar kreditkan dari mana gambar yang korang ambil melainkan itu gambar korang. Seperti contoh: Gambar sumber dari google.com atau 'Url blogger".
4) Jangan menulis perkara yang berunsurkan seks begitu juga dengan gambar. Dan kalau boleh jangan dedahkan aurat korang ataupun aurat rakan korang semua terutama perempuan dengan memaparkan gambar korang di blog untuk tatapan umum. Dalam Islam ada batasnya.
5) Jika korang menulis berkenaan hadith dan Ayat al-Quran pastikan hadith itu diriwayatkan dari siapa? adakah dari Imam Bukhari, Imam Muslim, Abu Hurairah dan banyak lagi. Pastikan hadith itu sohih. Ayat al-Quran pula nyatakan dari ayat berapa ke ayat berapa dan surah apa. Letak terjemahan sekali bagi senang pembaca untuk memahamkan ayat al-Quran. Seeloknya korang tidak meletakkan ayat al-Quran bagi yang tidak pakar takut korang tersalah tulis ayat al-Quran cukup sekadar terjemahan, ayat keberapa dan surah apa.
6) Jika korang menulis berkenaan dengan informasi atau fakta, pastikan dan periksa fakta yang korang kongsikan itu betul dan bukannya tipu. Seperti contoh fakta yang tidak betul berkenaan dengan puisi dayana kecoh diperhangatkan pada masa dulu yang dikongsikan rakan blogger yang lain dan sebaliknya fakta sebenar ialah ana hawana yang merupakan penulis puisi tersebut.
7) Jangan sebarkan fitnah! Wujud dalam surah Al-Baqaroh, ayat 191 yang bermaksud "fitnah lebih kejam dari membunuh". Khususnya blogger yang memaparkan kisah artis dan juga politik ini. Sila rujuk no 6.
8) Sila patuhi Akta 588, Akta Komunikasi dan Multimedia1998
Semoga entri ini dapat dimanfaatkan bersama-sama.