Saturday, August 12, 2017

Apa Yang Menyebabkan Blog Menjadi ''Mahal' Dan 'Murah'

Ini adalah pendapat aku sendiri berkenaan blog yang menjadi 'Mahal'. Ini bukan berkenaan dengan harga. Lupakan pasal harga. Ok, sambung balik, Mahalnya blog adalah pada penulisan dan juga kekemasan pada blog.

Apa Yang Menyebabkan Blog Menjadi ''Mahal' Dan 'Murah'
Apa Yang Menyebabkan Blog Menjadi ''Mahal' Dan 'Murah'
1) Dari segi penulisan yang dimaksudkan di sini ialah bagaimana blogger ini menulis dan mengeluarkan pendapat dalam blognya berkenaan dengan isu-isu semasa seperti teknologi, politik, dunia dan sebagainya.

Seperti contoh berkenaan dengan isu kenaikan harga Minyak.

Kita lihat bagaimana blogger cuba mengupas isu ini, adakah blogger cuba mengupas dengan selamat atau menyatakan pendirian untuk tidak menyokong kenaikan minyak

Mengupas dengan selamat di sini bermaksud, aku bagi contoh:

Kita tak boleh nak salahkan kerajaan seratus-peratus. Kita pun tak tahu situasi kerajaan macam mana. mungkin ada hikmah disebaliknya, siapa tahu.. .........

Mengupas dengan menyatakan pendirian sama ada menyokong ataupun tidak. Di sini aku ambil contoh tidak menyokong kenaikkan harga harga Minyak

saya sebenarnya tidak sokong dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini kerana jelas membebankan rakyat dan kemungkinan besar harga barang-barang bakal naik mendadak. Kerajaan patut menggunakan inisiatif lain untuk bla..bla.bla..
Nyatakan pendirian tetap kita terhadap isu-isu tertentu. Dari situlah wujud tarikan kepada blogger lain bertandang untuk menyatakan suara terhadap entry tersebut. kan seronok macam itu kan. Entry tersebut perlulah berhikmah begitu juga pengomen.

Kalaupun tidak pandai mengupas pasal isu-isu semasa, Boleh wujudkan cerita pasal peribadi yang lebih kreatif supaya orang tertarik untuk membaca.

Kebiasaanya pembaca suka blogger yang bercerita pasal peribadi yang berdasarkan pengalaman dan meminta pendapat dari blogger lain.

2) Dari segi kekemasan Blog. Ada yang kata tidak penting tetapi bagi aku penting. Blog jangan terlalu banyak bling-bling dan macam- macam lagi, Rasanya sudah banyak kali aku cakap pasal ini. Simple sudah janji menarik. Loading blog pun laju. google makin bertambah sayang pada blog kita.


Apa Yang Menyebabkan Blog Menjadi 'Murah'


Dipersilakan korang untuk menjaja gosip-gosip artis. Ramai blogger suka bercerita tentang artis lagi-lagi berkenaan gosip ntah apa-apa seperti contoh kahwin luar negara, cerailah, nampak buah dada lah, gaduh sini sana, minum arak dan macam-macam lagi.

Biasalah blogger yang dok layan benda ni sebenarnya nak trafik tinggi tu je.

Jangan sibuk dok jaga tepi kain orang, takut kain sendiri terselak tak perasan. Biarkan wartawan atau official web uruskan kerja dia pasal artis and kita pula jangan dok copy paste gosip artis yang tak pasti.

Tapi nak buat entry pasal kenapa kita suka kat artis ni itu tidak mengapa better artis yang menutup aurat. Seperti contoh korang pergi konsert lantera timur Siti Nurhaliza baru-baru ni dan korang review pasal konsert tersebut dengan mengatakan konsert tu memang best, suara paling sedap di Malaysia dan bla.bla.bla lagi.

Aku suka siti nurhaliza sebab cantik, suara sedap plus dia dah bertudung jadi bolehlah post gambar dia kat blog aku. Begitu juga dengan Rem, Rem mana ko menghilang? comform dia takkan jawab.

Itu lagi ok daripada korang dok sebar gosip artis yang boleh mendatangkan fitnah. Gosip ini boleh datang berita tak betul dengan tambah tokok merepek raban semua ada sampai nama haiwan pun masuk sekali.

Yang penting jangan dok layan benda yang tak pasti.

Pendapat korang pula bagaimana berkenaan dengan blog 'Mahal' dan 'Murah'. Mungkin boleh share sikit di sini.

Semoga bermanfaat pada korang semua.

2 comments

Saya rasa saya blog saya murah selepas membaca post ni huhuhuhu

memang terbaik penulisan nih, boleh jadi mahal blog nih