Jeju Aloe By The Face Shop Pelbagai Khasiat Untuk Kulit

Jeju Aloe 99% By The Face Shop sememangnya sangat berkhasiat untuk untuk kulit.

Jeju Aloe 99% By The Face Shop Pelbagai Khasiat Untuk Kulit
Jeju Aloe By The Face Shop Pelbagai Khasiat Untuk Kulit
Aloe verra dalam bahasa melayunya adalah Lidah buaya.. Lidah buaya ni memang sangat terkenal pada zaman dulu dengan penggunaannya pada kepala dan kulit.

Lidah Buaya antara kegunaan lain adalah sebagai ubatan tradisional dengan melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.

Sangat sesuai bagi mereka yang menjaga kecantikan pada anggota badan terutamanya kulit badan.

Ini adalah kelebihan Lidah Buaya. 

  • PELEMBAP - Gantikan moistoriser anda dengan gel lidah buaya sebelum mengenakan mekap. Ia mampu mencegah kulit dari kekeringan. Bagi lelaki pula, gunakan gel lidah buaya sebelum bercukur kerana ia mampu membantu merawat luka kecil ketika bercukur
  • ANTI PENUAAN - Vitamin C dan E dalam gel lidah buaya mampu merawat kulit secara semulajadi dan menjaga dari terhidrat.
  • SINARAN MATAHARI - Setelah seharian kulit terdedah ketika berlibur di pantai, rawat kulit anda dengan menyapu gel lidah buaya. Ia mampu memberi kelembapan pada kulit yang terdedah dengan sinaran matahari.
  • KESUBURAN RAMBUT - Secara tradisionalnya, lendir lidah buaya digunakan untuk menyuburkan rambut dengan menyapu pada kulit kepala secara berkala. Kemudian bilas rambut anda dengan bersih.
Itu khasiat kalau menggunakan liday buaya yang sebenar.. 

Bagaimana pula dengan lidah buaya yang telah diproses?

Adakah masih sama kesannya pada kulit seperti lidah buaya yang sebenar?

Jeju Aloe 99% By The Face Shop

The Face Shop mengeluarkan produk iaitu Jeju Aloe dengan kandungan 300ml.
  • Jeju Aloe adalah 99% lidah buaya dari Jeju Island
  • Tiada bahan berbahaya seperti paraben, benzophenone, animal oil, mineral oil, artificial coloring
  • Mengandungi 9 herba yang telah diekstrak. 
Jeju Aloe By The Face Shop Pelbagai Khasiat Untuk Kulit
Jeju Aloe 

Kelebihan Jeju Island 99%

Dengan produk ini kulit akan menjadi lembut, boleh dijadikan sebagai moisturizing, meredakan kulit yang radang, lotion dan boleh dijadikan sabagai mask sebelum tidur.

Cara menggunakan Jeju Aloe
Bila apply jeju aloe ni kat kulit, kulit akan jadi sejuk dan agak sedikit melekit serta agak lama untuk menunggu ianya kering melainkan kalau keringkan dihadapan kipas. 

kalau ada muka yang berjerawat or berminyak ke cubalah pakai jeju aloe ini dan biarkan kat muka selama 5 minit dan kemudian basuh muka. Coomfirm muka jadi lembut. 

Kalau nak keluar boleh pakai jeju aloe ini sebagai lotion kat tangan. 

Boleh dapatkan di store The Face Shop dengan harga bawah RM30.. dulu ada promosi beli 1 free 1. Sekarang tak ada promosi lagi.. kena tunggu promosi masa akan datang.