Saturday, September 23, 2017

Review Drama Korea Woman of Dignity

Baru je habis tengok drama korea Woman of Dignity walaupun cerita ini dah lama habis. Tapi aku baru sekarang ada masa nak tengok. 

Apa Yang best tentang Woman of Dignity

Rating drama ini 90/100 kalau tengok kat Asianwiki. Kira tinggi la tu rating dan mesti kena tengok sebab apa rating tinggi..

Review Drama Korea Woman of Dignity
Review Drama Korea Woman of Dignity
Woman of Dignity ini mengisahkan seorang wanita iaitu A-Jin yang berkahwin dengan seorang lelaki yang kaya dan hidup dalam keadaan mewah. 

Ayah mentua A-Jin dalam keadaan tak berapa sihat dan sedang mencari penjaga untuk menjaga makan minum keperluan ayah mentuanya. Dan A-jin berjaya berjumpa dengan penjaga yang boleh dipercayai mampu menjaga ayah mentuanya dengan baik.

Namun tidak disangka, Penjaga itu sebenarnya mempunyai niat yang buruk dan gilakan harta kekayaan ayah mentuanya serta sanggup berkahwin dengan ayah mentuanya dengan cara mengambil hati ayah mentuanya.. 

Review Drama Korea Woman of Dignity
Review Drama Korea Woman of Dignity
A-Jin mula rasa tertekan dengan desakan adik serta kakak iparnya yang tidak senang dengan kehadiran penjaga yang jahat itu.

Bertambah buruk apabila suaminya mula curang dengan perempuan lain..

Jadi bagaimana A-Jin nak halau penjaga yg jahat dari rumah ayah mentuanya dan bagaimana A-jin nak mengatasi masalah rumah tangganya yang retak akibat kecurangan suaminya?

Review Drama Korea Woman of Dignity

Drama ni memang best!!!

Drama ini tak adalah terlalu serius sangat sebab diselitkan dengan babak lawak.. kadang tu nampak serius je pastu tetiba jadi lawak baru nak rasa marah, nak rasa sedih semua, pastu bila muncul babak lawak bangang terus tak jadi nak fefeling. haha..

Nampak watak A-jin heroin dalam drama ini memang sangat calm down dan bijak mengatasi masalah keluarga mentuanya. 

Ending cerita ini memang sangat-sangat tak disangka.