Movie Thailand Bad Genius Karya Terbaik

Movie Thailand Bad Genius korang dah tengok belum? kalau belum tengok lagi korang kena tengok sekarang sebabnya best gilerr...

serius dah lama aku tak tengok movie thailand.. last aku tengok movie thailand cerita Teacher’s Diary.. cerita ni pun best rating tinggii..

berbalik pada movie Bad Genius.. sebab apa best? meh kita tengok sinopsis dulu..

Sinopsis Bad Genius

Mengisahkan seorang perempuan yang sangat bijak iaitu Lynn. Bapa Lynn mahu Lynn untuk belajar di sekolah swasta bagi memudahkan anaknya untuk sambung belajar kat luar negara..

Lalu Lynn pun belajar kat sekolah swasta kemudian dapat seorang kawan namanya Grace yang tak pandai. Pada masa peperiksaan, lynn telah memberikan jawapan kepada Grace dan sejak dari itu Lynn membantu Grace dan juga kawan2x Grace sekali termasuk boyfriend si Grace ni..

Mula2x Lynn tak nak tolong tapi disebabkan dorang ni anak orang kaya dan sanggup beri duit kat lynn jadi si Lynn ni pun terima duit dorang memandangkan ayahnya terpaksa berbelanja besar untuk kemasukannya ke sekolah swasta ni..

dari situ Lynn dapat banyak duit dengan memberikan jawapan dalam pelbagai teknik salah satu teknik piano..

gigih btol dorang belajar pianoo..

konflik apabila sorang lagi budak laki genius pastu nerd, namanya Bank muncul kat skolah tu dan membocorkan sindiket tiru jawapan ni.. 

kegiatan licik lynn terbongkarr..

Konflik bertambah besar apabila lynn masih sanggup lagi nak tolong lagi tu member dia grace dengan geng dia ni untuk peperiksaan besar STIC...

baik btol si Lynn ni... tu semua disebabkan duit..

Peperiksaan STIC ni lagi ketat punya situasi...

macam mana lynn yang ambil periksa kat luar negara nak bagi jawapan kat membernya kat Thailand?

Nak tahu korang tengok la sendiri..

ni pun dah banyak spoiler..

Ulasan Bad Genius

Bad Genius punya movie ni adalah karya terbaik dari Thailand pernah aku tengok setakat ini. Serius puas hati tengok.. 

Movie Thailand Bad Genius Karya Terbaik

Dia punya jalan cerita memang terbaik dari awal sampailah habis cerita ini.. dan bunyi runut pun mainkan peranan juga dalam movie ni..

siapa yang tengok movie macam2x perasan ada masa tengok cerita.. kejap lawak, kejap cemas, kejap rasa takut, kejap rasa sedih, kejap rasa  

Pengakhiran yang sungguh tidak disangka..

ada pengajaran yang boleh diambil dalam movie ini... 

setiap perkara buruk yang kita buat untuk tolong orang lain pasti ada balasan buruk..tiru macam mana pun korang takkan selamat.. kalau tak kantoii di skolah.. mungkin 'kantoii' di tempat lain.. siapa tahu kan? Manusia tak perfect.

berapa bintang kasi?

Aku bg 10/10 bintang..... dah tengok nanti boleh apply kat skolah nanti.. eh! kantoi plak..

2 comments

Wah baca sinopsis pun tahu mcm seronok jer filem nih

Sebelum ni aku baca review dari orang lain, pun kata cerita ni best giler...