Baru je lepas tengok movie Spider-Man: Brand New Day kat TGV Alamanda memandangkan banyak lagi seat kosong time weekdays hari pertama ditayangkan. Memang berbaloi tengok kat sini sebab dia punya kerusi tu boleh diselaraskan untuk baring sedikit takdelah kerusi menegak je tengok movie..
Dapatlah Poster macam gambar kat bawah ini masa nak masuk hall.
![]() |
| Poster dari TGV Alamanda |
Sinopis Spider-Man: Brand New Day
Selepas pengakhiran menyedihkan dalam Spider-Man: No Way Home, kehidupan Peter Parker berubah sepenuhnya. Seluruh dunia kini sudah melupakan kewujudannya, termasuk MJ dan Ned, dua insan yang paling rapat dengannya.
Dalam Spider-Man: Brand New Day, Peter memilih untuk meninggalkan kehidupan lamanya dan memberikan sepenuh perhatian kepada tugas sebagai Spider-Man. Dia tinggal bersendirian dalam pada masa yang sama terus melindungi penduduk New York daripada ancaman jenayah.
Namun, tekanan menjadi seorang wira tanpa sokongan keluarga atau sahabat mula memberikan kesan terhadap dirinya.
Keadaan menjadi semakin pelik apabila tubuh dan kuasa Peter mula mengalami perubahan yang sukar dikawal. Perubahan tersebut bukan sahaja memberikan kebolehan baharu, malah berpotensi mengancam nyawanya sendiri.
Pada masa yang sama, muncul satu ancaman misteri yang boleh membahayakan seluruh banda seorang musuh berkuasa yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
Peter kini perlu memahami perubahan dalam dirinya sebelum semuanya terlambat. Menariknya, perubahan tersebut mungkin menjadi satu-satunya senjata yang mampu digunakan untuk menewaskan musuh baharu itu dan menyelamatkan orang yang masih disayanginya.
