Sunday, October 12, 2025

Belanjawan 2026 Fokus Subsidi, Digital dan Rakyat

Setiap kali tiba musim belanjawan, ramai tertanya-tanya “Ada ke bantuan naik?”, “Apa yang berubah tahun ni?” atau “Betul ke subsidi makin kurang?”

Belanjawan 2026 yang baru diumumkan ni datang dengan pendekatan berbeza: bukan sekadar beri duit, tapi betulkan semula cara negara berbelanja.

Dengan peruntukan hampir RM470 bilion, kerajaan cuba imbang antara menjaga kebajikan rakyat dan membaiki kedudukan ekonomi jangka panjang. Ada bantuan baru, ada juga penyesuaian subsidi akan tapi semuanya disusun supaya sampai kepada golongan yang betul-betul perlukan.

Belanjawan 2026 Fokus Subsidi, Digital dan Rakyat
Belanjawan 2026 Malaysia


Tema belanjawan 2026 adalah “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat”. Menekankan reformasi tadbir urus, penyasaran semula subsidi, dan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang utama.

Kalau nak tahu apa intipati sebenar dan siapa yang paling untung tahun ni, jom tengok ringkasan lengkap Belanjawan 2026 ni dalam versi paling mudah faham dan terus terang 👇

Intipati Belanjawan 2026 Malaysia

Bantuan & Insentif kepada Rakyat

  1. Sumbangan Asas Rahmah (SARA): RM 100 kepada sekitar 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, diagihkan pertengahan Februari 2026. 
  2. Kombinasi STR (Sumbangan Tunai Rahmah) + SARA: jumlah keseluruhan dianggarkan RM 15 bilion. 
  3. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat: RM 3.1 bilion bagi lebih 560,000 penerima
  4. Peningkatan program “Jualan Payung RAHMAH” dengan peruntukan RM 600 juta sebagai sebahagian daripada RM 1 bilion keseluruhan untuk menangani kos sara hidup. 
  5. Pelepasan cukai pendapatan individu khas sehingga RM 1,000 untuk menggalakkan orang ramai melancong dalam negara. 

Kawasan Strategik & Pembangunan Infrastruktur

  1. Sabah & Sarawak: Sabah menerima RM 6.9 bilion, Sarawak ~RM 6 bilion.
  2. Projek Pan Borneo Sabah, Sarawak–Sabah Link Road (SSLR) dan projek lebuh raya Sabah/Sarawak berjumlah ~RM 48 bilion
  3. Infrastruktur penghubung digital: Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang ~3,190 km dengan peruntukan RM 2 bilion. 
  4. Sovereign AI Cloud: peruntukan RM 2 bilion melalui SKMM untuk platform awan negara. 
  5. Geran dan dana untuk inovasi, digitalisasi & teknologi hijau: antaranya Geran Pecutan Digital (RM 53 juta), inisiatif pemberian insentif 100% cukai pelaburan hijau (MyHIJAU) & pemetaan sumber nadir bumi. 

Unjuran Ekonomi & Defisit Fiskal

  • Belanjawan 2026 menyasarkan defisit fiskal yang diperkecilkan kepada sekitar 3.4% – 3.6% daripada KDNK (berbanding ~3.8% tahun semasa) 
  • Pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan: ~4.5% pada 2026. 
  • Sektor-sektor utama: Perkhidmatan: ~5.2%, Pembinaan: ~6.1%, Pertanian: ~2.2% dan Perlombongan/kuari: ~1.0%

Kesimpulan Belanjawan 2026 Malaysia

Secara mudahnya, Belanjawan 2026 ni bukan nak bagi “duit segera” semata-mata, tapi nak betulkan hala tuju ekonomi negara. Subsidi disasar semula supaya tak bocor, tapi hasil jimatannya diagih balik kepada rakyat melalui bantuan tunai, harga barang terkawal dan kemudahan yang lebih baik.

Walaupun mungkin ramai rasa bantuan tunai tak meningkat banyak, hakikatnya kerajaan cuba seimbangkan antara tanggungjawab jangka panjang dan keperluan semasa. Rakyat masih dapat manfaat dari harga petrol dan barangan asas yang lebih terkawal, hinggalah pelaburan baru yang bakal buka peluang kerja.

Pendek kata, Belanjawan 2026 ni bukan belanjawan manja, tapi belanjawan yang lebih matang dalam erti kata cuba bina ekonomi yang lebih tahan lama sambil jaga kebajikan rakyat. Tahun depan mungkin bukan tahun “wang melimpah”, tapi boleh jadi tahun permulaan untuk sistem bantuan dan ekonomi yang lebih tersusun.