Pernah tak korang terfikir macam mana kalau seorang chef moden tiba-tiba disedut masuk ke dunia zaman dulu iaitu zaman Joseon, lepas tu nak kena hadap pula raja yang zalim yang terkenal dengan raja yang zalim dan memilih bila bab makanan. Kira paling pantang lah kalau bab makanan.
Drama ni memang lain dari yang lain sebab campur tiga benda yang jarang kita tengok iaitu masakan yang bikin korang lapar, komedi yang mencuit hati, dan berputik cinta antara golongan atasan dan hamba. Setiap episod bukan saja menghiburkan, tapi juga penuh dengan moment “eh lapar lah pulak tengok ni!”. Pandai dorang shoot video part masak makanan dengan rasa makanan dengan membutkan korang pun terliur sekali.. jadi lapar plak
![]() |
Chef dan Raja |
Lebih menarik, chemistry antara Raja Yi Heon yang kononnya dingin dengan chef moden Yeon Ji-yeong yang blur tapi genius dalam dapur memang buat penonton senyum sorang-sorang. Ditambah pula dengan pelakon pembantu yang kelakar habis, drama ni jadi pakej lengkap untuk siapa saja yang nak lari sekejap dari cerita berat dan stress harian.
Dan yang paling best jangan risau pasal ending. Walaupun ada twist pelik sikit pasal masa, tapi drama ni tetap deliver happy ending yang puas hati. persoalannya sekarang, patut ke korang join hype dan binge-watch drama ni?
Yes korang kena join tengok..
5 Sebab Wajib Tonton Bon Appétit, Your Majesty
Tak payah pening kepala nak faham plot yang terlalu serius. Cerita ni simple, straight to the point, tapi cukup untuk buat kita tertarik dan senyum sepanjang episod.
Raja Yi Heon yang “cool garang” tu bila berdepan dengan Ji-yeong si chef moden yang memang penuh dengan adegan gaduh manja dan sweet moments yang buat kita cair.
Bayangkan telur terpelanting atas mahkota raja, asap dapur berkepul sebab chef moden tak reti guna tungku kayu, babak macam ni la yang buat penonton tak kering gusi. Yelah dari zaman moden tetiba nak masak guna barang zaman dulu punya barang dapur memang kalut la jawabnya. haha
4. Visual Makanan Buat Lapar Tengah Malam
Setiap hidangan yang Ji-yeong masak nampak real gila. Dari bibimbap sampai fusion ala Perancis, confirm lepas tengok drama ni, korang teringin nak masak sendiri takpun kalau malas boleh order food delivery. hehe
5. Ending Bahagia, Puas Hati
Tak ada istilah kecewa atau tergantung. Walaupun ada twist pelik sikit pasal masa, tapi pengakhiran dia tetap sweet dan menutup cerita dengan senyuman.
Kesimpulan & Rating
Bon Appétit, Your Majesty bukanlah drama yang cuba jadi masterpiece berat atau penuh falsafah. Sebaliknya, ia sebuah hiburan ringan yang berjaya campur komedi, cinta, fantasi, dan masakan dalam satu resepi yang sedap ditonton. Walaupun ada beberapa “plot hole” kecil terutama dekat ending, keseluruhan cerita tetap berjaya buat penonton terhibur dari awal sampai habis.
Kalau tengah cari K-Drama yang:
- Buat hati tenang lepas kerja,
- Ada babak lawak yang tak dibuat-buat,
- Visual makanan yang bikin lapar,
- Dan romance sweet antara hero & heroin,
…maka drama ni memang berbaloi untuk korang binge-watch.
⭐ Rating: 4.5/5
Sebuah drama ringan yang mungkin tak sempurna, tapi cukup manis & kelakar untuk jadi “comfort drama” tahun 2025.