Thursday, August 30, 2018

Ulasan Movie Along with the Gods 2 The Last 49 Days

Along with the Gods 2 The Last 49 Days merupakan kesinambungan dari movie yang pertama Along with the Gods berkenaan dengan seorang bomba yang telah mati kemudian hidup semula di alam kematian dan perlu melalui beberapa halangan jenis neraka sebelum diberi kelepasan untuk hidup semula.

Movie Along with the Gods 2 The Last 49 Days

Kisah kali ini pula mengisahkan adik hero bomba pula yang perlu menjalani beberapa halangan juga sama seperti abangnya cuma adiknya merupakan roh yang penuh dendam jadi ada beberapa kesulitan. Pada masa yang sama, 3 orang pembela adiknya di mana ingatan dilupakan oleh dewa mula dibayangi ingatan masa silam lebih seribu tahun yang lepas.

Ingatan seribu tahun yang lalu inilah yang membawa satu konflik kecil kepada hubungan mereka bertiga.

Ulasan Movie Along with the Gods 2 The Last 49 Days
Along with the Gods 2 The Last 49 Days

Ulasan Movie Along with the Gods 2 The Last 49 Days

Movie kesinambungan ini tidak terlalu mengecewakan kalau nak dibandingkan dengan yang pertama. masih lagi memberi satu kepuasan kepada penonton lagi-lagi berkenaan dengan hubungan yang berkait rapat antara dorang ini pada masa yang lepas. 

Movie kedua kali ni tidak terlalu padat dengan aksi namun diselitkan babak drama sesi imbas seribu tahun lalu antara mereka bertiga ini yang merutun jiwa. Tidak terlalu fokus kepada adik hero yang bakal mengadap di muka pengadilan di hadapan dewa nanti. 

Movie ini masih mengekalkan babak yang mencuit hati lagi2x berkaitan dengan dewa rumah tangga.

kepada mereka yang minat dengan movie korea ditambah pula dengan genre drama fantasi dan aksi memang sangat disarankan untuk tengok movie ini.

Bagi 4/5 Bintang untuk Movie Along with the Gods 2 The Last 49 Days

owh ya, sebelum terlupa jangan keluar wayang dulu.. ada credit skit.. credit ni mula memberi bayangan memang akan ada sambungan nanti.  kalau ada nama pelakon semua tu dah boleh keluar wayang. :D