Pos Malaysia Menggembirakan Pelanggan? |
Berikut adalah salah satu perkongsian tentang mutu perkhidmatan pos laku.
Mengembirakan pelanggan?
Secara jujurnya, saya sangat kesal dan hampa dengan mutu perkidmatan anda. Saya rasa pos laju perlu membuat rombakan dan mempertingkat mutu perkidmatan anda dengan secepat mungkin.
Parcel saya sudah lama sampai dekat Pos laju petaling jaya (4 May) dan secara tak gembiranya sampai sekarang tidak diprocess. Pada permulaannya, saya masih memberi masa kepada PL ,namun selepas 15 hari,barang saya masih tidak sampai, saya cuba menelefon PL Petaling jaya. Dengan suka citanya,saya ingin memaklumkan ,panggilan yang dibuat oleh saya dari waktu pagi,tengahari ,petang ( selama 4 hari beterusan) langsung tidak dijawap oleh pihak PL. Oleh itu,saya pergi ke Pejabat pos laju petaling jaya dan dimaklumkan oleh staff PL, barang saya di PL jalan sultan. Maka saya dengan gembiranya pergi ke Jalan Sultan untuk mengambil parcel saya supaya dapat menolong meringankan beban PL. Namun demikian, staff di jalan sultan memberitahu parcel saya memang ada di PL jalan sultan tetapi mereka masih tidak process semua barang masih dalam “guni”. Dia memberitahu staff akan process pada hari rabu pukul 3 petang bersamaan dengan Mei 23 haribulan. Saya terangkan saya memerlukan barang tersebut sebab saya dah tunggu 20 hari. Staff bagitahu esok ( 24/5) posman akan hantar barang saya dan memberikan dua nombor telefon PL jalan sultan kepada saya.
Dengan tidak gembiranya pada hari ini saya masih tidak menerima parcel saya. (so, kenapa bagi janji kosong kepada saya ? itu dinamakan penipuan), status di website masih tidak diupdate(still arrive at delivery facility at PL Petaling jaya on 4 may 2018) dan dua nombor telefon yang diberikan oleh staff PL jalan Sultan masih tidak dapat dihubungi ( takkan la sebesar-besar office tu dari waktu pagi,tengahari sampai ke petang tiada orang yang hendak angkat telefon dan jawap panggilan saya ?
Sekirannya anda tidak mahu jawap panggilan telefon kenapa berikan nombor telefon kepada customer?). Maknanya, anda hanya cakap kosong aje, saya tahu setiap perkerjaan memerlukan pergorbanan dengan parcel yang begitu banyak untuk diuruskan dan saya hormat setiap staff di PL. Oleh itu, setiap customer masih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi menunggu parcel kami, Namun demikian, setelah menelefon ,pergi sendiri bertanya di PJ , email dengan website customer servis,buat aduaan di FB pages anda,hanya ada persoalan tiada jawapan (kenapa sampai begitu tidak boleh dipercayai sekali perkhidmatan anda ?).Kami masih menunggu parcel kami sampai ....entah bila~ setiap comment di pages pos malaysia berhad semuanya perasaan marah,tidak puas hati dan complain berkaitan perkhidmatan anda.PL langsung tidak reply aduan kami di FB pages. Sekirannya anda menhargai customer anda, tingkatkan mutu perkidmatan anda dari A to Z. Sekian, terima kasih.
Management kena Aware
memang respect para delivery pos laju .. mayb management kena aware on this issue .. klu workload terlmpau byk pasti byk pekerja akan berhenti dan qualiti kerja pun rendah. enviroment keje kenalah balance.. kebajikan pekerja kena jaga... sampai mlm tu.. klu yg bekeluarga tu mcm mana?. Lagi2 for those yg rider kena kejar hantar brg sana sini..bahaya utk mereka