Duit yang kena rompak pula bukan sikit tapi banyakk.. beratus ribu tu..
Jadikan perkara ini sebagai pengajaran kepada kita semua lagi-lagi kepada peniaga-peniaga yang aktif dalam dunia media sosial
owner tayang duit |
Berita penuh peniaga Facebook kena rompak
Dibawah adalah sumber dari Harian MetroPENIAGA parah selepas ditembak di betis kiri sebelum dikunci dari luar oleh sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, Rantau Panjang, malam tadi.
Mohd Irfan Abdullah, 26, ketika itu bersendirian di pejabat sebelum didatangi tiga lelaki bertopeng, pada 11.15 malam tadi.
Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata pihaknya menerima panggilan pad 11.33 malam.
Menurutnya, sebaik sampai polis terpaksa membuka pintu jeriji besi dipercayai dikunci penjenayah sebelum mereka melarikan diri.
Katanya, mangsa ditemui di tingkat satu pejabatnya dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.
Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan.
Inilah akibatnya kalau selalu live facebook tayang duit |
“Siasatan melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiga lelaki bertopeng menaiki Perodua Kancil putih.
“Mereka melarikan barang kemas bernilai RM150,000 dan RM8,000 tunia milik mangsa,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.
Abdullah berkata, mangsa menjalankan perniagaan kosmetik, barangan kemas dan pakaian secara dalam talian serta aktif membuat ‘live’ di Facebook.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan rompakan itu sudah dirancang oleh suspek berdasarkan kepada pergerakan mereka melalui CCTV.
“Kami akan mengesan tiga penjenayah itu dan kemungkinan besar mereka lari ke sempadan memandangkan jaraknya yang terlalu dekat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
“Kami harap kerjasama orang ramai untuk menyampaikan maklumat yang boleh disalurkan ke IPD Pasir Mas atau hubungi 09-7932222 atau balai polis berdekatan,” katanya.
Sementara itu, abang ipar mangsa, Nordin Kadir, 51, berkata, kejadian itu diketahui pada 11.35 malam, selepas mendapat panggilan daripada Mohd Irfan.
“Semalam, kami sempat makan bersama dan dia kembali ke pejabatnya selepas solat Maghrib. Biasanya dia akan ditemani beberapa pekerja.
“Tapi, katanya semalam pekerjanya cuti dan dia bersendirian di pejabat,” katanya.
Katanya, adik iparnya itu menjalankan perniagaan dalam talian dan aktif membuat ‘live’ video di Facebook dan yang terakhir kira-kira 3 petang semalam.