Sunday, January 28, 2018

Percuma Unifi Mobile Terhad Untuk 1 Juta Kad-SIM sahaja

Telekom Malaysia menawarkan ganjaran berbentuk 20GB data LTE secara percuma untuk para pengguna, dan berkongsi lanjut mengenainya hari ini, TM mengatakan ia terhad kepada 1 juta kad-SIM pertama. Disamping itu, ia hanya ditawarkan untuk mereka yang mendaftar sebelum 31 Mac 2018 sahaja (atau sehingga promosi habis).

Disamping itu, untuk tempoh promosi ini juga, kad-SIM ditawarkan secara percuma. TM mengatakan selepas tempoh promosi ini, ia akan ditawarkan pada harga RM10.

Unifi Mobile Terhad Untuk 1 Juta Kad-SIM sahaja
Unifi Mobile Terhad Untuk 1 Juta Kad-SIM sahaja

Unifi Mobile tanpa expired

Susah nak jumpa provider service komunikasi nak bagi perkhidmatan tanpa expired dan unifi mobile adalah salah satu yang memberikan perkhidmatan tanpa tarikh luput. 

Unifi Mobile menawarkan perkhidmatan tanpa tarikh luput, tetapi pengguna perlu memastikan akaun mereka aktif untuk tempoh setiap 90 hari. Untuk penambahan nilai, anda boleh lakukannya pada harga bermula RM13 untuk 1GB internet asas, sehingga kepada 8GB untuk RM50.

  • 8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
  • 4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
  • 2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
  • 1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13


Bagi pelan panggilan dan SMS pula, anda boleh menambahnya pada harga bermula RM10 untuk 60 minit panggilan dan 60 SMS.

200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10

Cara untuk mendapat Kad Sim Unifi Mobile

Jika anda berminat, anda boleh melakukan tempahan kad-SIM ini bersama 20GB data percuma untuk tempoh promosi ini bermula hari ini menggunakan aplikasi mudah-alih di Android dan iOS.

Caranya mudah sahaja. Dah install app Unifi Mobile, terus klik 1 WANT TO GET SIM!.

Then korang isilah details nama mengikut ic korang dan pilih no telefon yang nak didaftarkan nanti. Boleh pilih sampai 5 kad sim sahaja.

Dah daftar semua.. tunggu ada notification dan baru ambil kedai TM unifi berdekatan untuk ambil kad sim korang.

Then enjoy your free 20GB internet. :D