Sunday, December 17, 2017

Loyar Buruk Pelawak merosakkan anak-anak muda

Berikut adalah nukilan dari Roshida Abu Bakar berkenaan dengan loyar buruk atau gurauan yang melampau anak-anak muda semakin membimbangkan. 

====

Takde niat nak malukan sesiapa. Just nak bgtau, pengaruh loyar buruk pelawak-pelawak ni memang makin merosakkan anak-anak muda. Atas alasan gurau, remaja dah lupa batas hormat. Pada tahun 2012, masa saya buat ujian lisan BI, seorang pelajar ting. 2 datang, asked to introduce himself and he said “My name Tumulak” lepastu dia ketawa. Dia ingat lawak ke? Ini ujian kot.

Saya ada lakukan typo semasa bersembang dengan murid di whatsapp. Tak sangka typo itu jadi titik tolak gurauan kasar yang melalut sampai ada murid yang kata pada saya “hang ingat hang kaya?” Saya tak rasa itu kelakar walaupun dia ketawa masa cakap benda tu dalam rakaman suara. Bila saya tengok Gegar Vaganza, cara host layan peserta dan juri macam tak ada batas umur. 

Tak lawak dan biadap bunyinya. Ini lah anak muda kita. Macam mana guru nak betulkan bila pelawak ini idola mereka, guru jadi seteru? Masyarakat dah tak ada hormat pada kerjaya perguruan. Kami ni hanya kaki tangan kerajaan taraf rendah. So macam mana anak muda nak dengar cakap kami?

Saya tak kisah nak bergurau. Saya pernah ditegur seorang stranger, katanya saya terlalu serius. I didn’t know that being serious is a crime. Saya suka lawak, macam Sepahtu Reunion itu lawak. Tapi tak perlu kot bawak unsur2 loyar buruk ke dlm hidup, especially when we deal with some people. Nak bergurau, gurau lah. 

Pastikan kena tempatnya, masanya, orangnya dan kata2nya. Dan orang serius seperti saya ini terhibur dengan lawak yang genuine, bukan dengan loyar buruk yang menghina dan tiada hormat.

Loyar Buruk Pelawak merosakkan anak-anak muda
Nabil yang suka mencelah

gurau ada batasnya
Seiring perubahan zaman, bahasa pun berubah. I tried to understand and fit into the changes, use the vocab that they used regularly. Palat, sotoi, nganjing, ajet ajet, ranjit - banyak lagi. But when we are open to build the rapport, ckp bahasa mereka, layan apa yang mereka suka, these kids started to get overwhelmed, excited and unawarely crossed the border. 

Tak salah nak bergurau. Saya layan je gurauan budak, cuma jangan melampau. Mesti ada batasan especially taking into consideration that we have difference in age and we are not DNA-related.

To be honest, selagi masyarakat di luar sekolah tak dapat buat perubahan positive, selagi tu lah sistem pendidikan tak akan dapat mendidik dengan baik. Didikan bermula di rumah, didukung oleh sekolah dan ahli masyarakat lain - termasuk netizen dan artis2 pujaan remaja. 

Loyar Buruk Pelawak merosakkan anak-anak muda

Loyar Buruk Pelawak merosakkan anak-anak muda

Loyar Buruk Pelawak merosakkan anak-anak muda

Kau rasa bebudak pakai pakaian ikut fesyen cikgu2 ke? Tak kot. Jadi siapa yang mereka ikut? Di sekolah saya mengajar basic English grammar gunakan sebuah ‘chant’ tapi tak pula mereka ingat. Lagu kumpulan Xposed mereka hafal, sedangkan rasanya kalau tanya maksud exposed in Malay pun rasanya ada yang tak mampu jawab.

Ya saya cikgu period. Have problem with that?