Monday, December 25, 2017

Gemuk air tidak wujud dalam Perubatan.

Verikut adalah perkongsian tweeter dari Dr Rafidah Abdullah berkenaan dengan Gemuk air tidak wujud dalam Perubatan.

Mohon jangan fitnah air ya. Kalau gemuk, terumata kat perut tu adalah lemak sangat tepu.

Gemuk air tidak wujud dalam Perubatan.
sumber gambar dari google
60-70 % berat badan manusia adalah air (water), Ia terbahagi kepada intracellular (dalam sel-sel) & extracellular (luar sel).  Luar sel - intravascular (dlm saluran darah) dan interstitial (antara sel-sel).

Gemuk air tidak wujud dalam Perubatan.


Badan kita ada mekanisme untuk memastikan kadar hidrasi badan adalah elok.

Antaranya: buah pinggang kita akan hasil kan urin lebih/kurang.

Kalau hidrasi rendah, urin kita pekat dan kurang. Jika badan ada lebih air, mungkin ada masalah perubatan.  Kami panggil itu “water retention”.

Antara simptom atau gejala di panggil “oedema”. Air terkumpul dibawah kulit (subcutaneous), biasanya bermula di kaki.

Antara sebab yang mungkin merbahaya jika tidak dilakukan rawatan adalah:
  • Kronik kegagalan buah pinggang
  • Lemah Jantung (Heart Failure)
  • Penyakit Kronik Hati (Cirrhosis)
Jika buah pinggang rosak, penghasilan urin akan jadi kurang. Jadi air berkumpul didalam badan. Lama kelamaan akan banjir di dalam paru-paru.

Untuk lemah jantung, perjalanan darah tidak dapat dipam dengan elok dan akan terkumpul didalam paru-paru

Antara sebab sebab lain water retention adalah:
  • Masalah tiroid
  • Mengandung
  • Ada jenis-jenis ubat
  • Malnutrisi
  • Penyakit kronik paru-paru
Macamana nak tahu punca ? Mesti berjumpa Doktor.

Banyak yang saya lihat penjelasan “gemuk air” yang tidak wujud adalah sebab nampaknya nak jual suplemen itu ini.

Saya mohon jangan terpedaya.  Itu bukan caranya nak buang lemak tepu!

Cara nak kuruskan diri: 

TIADA JALAN SINGKAT

Mungkin boleh mula kira kalori makanan anda. Download lah samada apps @MyFitnessPal atau MyNutriDiari.

Saya mohon buat lah senaman, makan lah makanan yang sihat dan seimbang. Apa pun tak apa, jika portion sedikit. Janji kiraan kalori tak terlebih.

Ada juga entiti water retention untuk wanita dalam beberapa hari sebelum datang bulan (menses). Memang rasa perut bloated dsb dan kadang-kadang tak selesa.

Jadi macamana nak elakkan “water retention” sebelum datang haid tiap bulan?
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Kurangkan atau jangan letak garam
  • Makanan sihat sahaja
Bila ambil makanan banyak garam, enzim akan dikeluarkan oleh sel-sel buah pinggang dan otak untuk penyerapan balik air ke dalam badan kita.

Sebab itu banyak kali dah kata kurangkan masin, terutama yang berpenyakit !

Jadi secara kesimpulannya gemuk air TIDAK WUJUD.

Kalau bengkak kaki, ianya di panggil edema.

Ada beberapa kemungkinan, seperti yang diterangkan di dalam thread ini😊😊