Monday, November 20, 2017

Salah satu khasiat durian adalah merangsang nafsu syahwat lelaki

Khasiat Durian rupanya selain rasanya yang sedap, durian turut menjadikan diri anda lebih muda dari usiannya. Buat mereka yang konon-konon.

tak boleh nak makan tu, sesekali cubalah rasa, mungkin tak cukup selori untuk anda nak habiskan nanti

Terbaru, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan akan membuat kajian terhadap khasiat memakan durian yang dikatakan baik untuk kesihatan lelaki. Memetik laporan Astro Awani, kajian tersebut adalah tambahan dari beberapa kajian dari seluruh negara kesan positif memakan buah durian.
Kajian dari luar negara sebelum ini mendedahkan buah durian mempunyai antioksida lebih tinggi. Kajian itu juga menjelaskan, kulit durian juga mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk
Durian juga sama seperti makanan lain, baik untuk dimakan tetapi dalam bentuk kesederhanaan.

salah satu khasiat durian adalah merangsang nafsu syahwat lelaki

Khasiat Durian selain merangsang Nafsu Syahwat Lelaki

  1. Awet MudaDurian mempunyai sumber vitamin C. Fungsi Vitamin C dapat mencantikkan malah melambatkan proses penuaan kulit serta wajah seseorang.
  2. Pembekal Tenaga
    Durian tinggi dengan karbohidrat. 100 gram durian bersamaan 21% karbohidrat. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk memberi dan menambahkan tenaga.
  3. Mencerdaskan Otak
    Tahukah anda 200 pelajar di Twickenham ( Middlesex) school diuji kecerdasan dengan makan durian ketika sarapan, tengahari dan juga waktu istirehat? Hasil kajian menunjukkan kalsium buah durian tinggi dan berjaya membantu pelajar untuk fokus kepada pelajaran.
  4. Cegah Masalah Tekanan
    Durian mengandungi vitamin B6 dimana mambantu untuk kurangkan masalah tekanan. Durian mempunyai tryptophan dimana ianya sejenis asam amino yang dpt mengubah tubuh jadi serotonin iaitu mampu membuat badan lebih tenang, mood lebih gembira dan lebih baik.
  5. Nutrisi Untuk Tulang Serta Gigi
    Durian mengandungi kalsium, kaliu serta vitamin B1, B2. Kesemua ini dapat mempertahankan kesihatan tulang dan gigi anda.
  6. Pencernaan Yang Sihat
    Serat yang cukup tinggi dan membantu organ pencernaan berjalan dengan lebih lancar. Bagi mereka yang sentiasa sembelit dan sukar buang air besar, boleh cuba makan buah durian.
  7. Cegah Masalah Kurang Darah (Anemia)
    Buah durian mengandung folat serta zat besi yang memainkan peranan penting dalam mengatasi gejala anemia atau kurang darah.

Durian juga seperti makanan lain ianya boleh dimakan, baik untuk  dimakan tetapi dalam bentuk kesederhanaan.

"Jangan berlebih-lebihan terutamanya kepada pesakit kencing manis. Ada kajian durian ini ada unsur baik untuk lelaki dan kita akan beri badan berkaitan untuk buat kajian lebih mengenai hal ini," katanya.

Janganlah lepas makan tu bersendawa sesuka hati pula di depan kawan apatah lagi ketika bersama isteri. hehe

2 comments

Mama ni antu doyan alahai x puas LG makan doyan ni

saya pula jenis tak makan doyan. hahah