Jerawat batu yang biasanya banyak meninggalkan kesan jerawat yang agak ketara sekiranya kita sering memicit jerawat secara paksa.
Namun, benda ini tidak perlu dirunsingkan memandangkan banyak rawatan alternatif yang boleh dilakukan sama ada rawatan tradisional ataupun moden.
Bagi mereka yang ingin menggunakan rawatan tradisional boleh ikuti langkah dibawah.
Cara hilangkan jerawat dengan berkesan Tradisional
1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejukSediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
kalau tak ada lidah buaya kat rumah boleh guna cara [DISINI]
3. Guna asam jawa
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
4. Guna madu
Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
madu |
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Mask timun dari innisfree (moden) |
Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
7. Guna daun sirih muda
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Cara hilangkan jerawat dengan berkesan Moden
Cara yang berkesan untuk menghilangkan kesan jerawat adalah rawatan laser yang lebih pantas tapi kos agak mahal. Selain itu boleh dilakukan dengan melakukan peel skin yang boleh dilakukan di klinik pakar kulit.