Bahaya Virus Ransomware WannaCry Pada Komputer- Hospital, universiti, stesen keretapi, pejabat kerajaan, pejabat swasta, individu ... ramai yang dah terkena ....
Apa harus dilaksanakan oleh kita di rumah sebagai individu?
.
1. Beli external hard disk baru dan back-up semua data di laptop dan desktop ke external hard disk. Back-up kali kedua di external hard disk LAIN. Simpan di tempat selamat.
.
2. Update Windows. Bila ada update terbaru, terus update dan jangan tunggu. Sama jika ada OS Linux, Apple etc. Jangan sangka OS lain takkan terkena.
.
3. Pastikan ada antivirus pada laptop seperti Kaspersky, Symantec atau apa-apa jenama yang baik. Pastikan ia sentiasa di update.
.
4. Jangan melayari laman web porn. Di situlah virus termasuk ransomware banyak bersarang.
.
5. Hati-hati jika menerima dokumen melalui email, Telegram, WhatsApp, FB messenger kerana ia mungkin virus. Walaupun dari orang yang dikenali. Jika Akaun email atau Facebook nya telah digodam, ia mungkin digunakan untuk menyebar virus termasuk ransomware.
.
6. Hati-2 download T0rr3nt atau Magnet links ... situ pun sarangnya juga ...
.
7. Hati-hati bila klik apa-apa link pada email, messenger dan laman web terutamanya link download. Ia mungkin sudah di hijack dan digunakan untuk menyebar virus termasuk ransomeware.
.
8. Check router rumah. Adakah ia pada default setting? Adakah internet rumah 'open' pada semua? Tukarkan default password pada router pada yang lebih kukuh. Apa-apa yang 'open' mengundang godaman.
.
9. Dah ada 2 back-up external hard disk kan? Beli satu lagi ext HD dan gunakan untuk backup harian.
Kenapa? Sebab ransomware ni ada yang menghancurkan backup sekali. So kena ada 1 backup untuk harian. Dan 1 lagi HD untuk backup mingguan. Dan 1 lagi backup setiap 2 minggu.
Just in case, tercucuk hard disk back up harian ke laptop yang dah terkena ransomeware, dan backup HD tu pula dah kena lock, sekurangnya ada backup seminggu dan dua minggu. Takdelah rasa wanna cry kan?
Nama lain: Wanna Cry, Wana Decrypt0r, WannaCryptor atau WCRY.
Ransomware WannaCry lebih bertindak seperti Worm di mana ia tidak memerlukan User untuk klik apa-apa dan mampu bergerak secara automatik daripada satu lingkaran network ke network yang lain. Ia akan sentiasa bergerak mencari komputer atau server yang vulnerable pada Windows MS17-010 dan akan menjalankan eksploitasinya dengan encrypt dan mengunci fail-fail pada komputer.
.
Kalo dah terkena:
1. Disable WiFi atau cabut LAN cable. Jangan biar ia tersebar melalui network anda. Jika tak dapat access internet setting, cabut battery terus.
2. Report terus kepada Cyber999, Forensic, Cyber Security Malaysia.
https://www.mycert.org.my/…/cybe…/main/detail/443/index.html
3. Jangan cucuk thumdrive, external hard disk atau cuba copy file ke media lain termasuk ke Cloud. Sebab semua files sudah infected dan akan menyebarkan lagi ransomware tu.
4. Beri laptop pada IT Support di tempat kerja anda.
.
Apakah ransomware? Baca sini:
.
.
Bacaan lain:
Cara nak view extension pada files pada Windows 10:
https://m.facebook.com/story.php…