Saturday, December 9, 2017

solidariti kita sebagai muslim dengan membantu Palestin

Ayuh bersama-sama kita menzahirkan sokongan dan solidariti kita sebagai sesama muslim dengan membantu Palestin dengan 3D; Doa, Daya, Dana.

solidariti kita sebagai sesama muslim dengan membantu Palestin


-DOA-
Jangan lupa di setiap sujud kita dalam solat untuk mendoakan kemerdekaan buat bumi Palestin. Mintalah kepada Allah semoga segala penderitaan rakyat Palestin berakhir dan hidup bebas serta merdeka dari cengkaman penjajah Israel.

-DAYA-
Manfaatkan segala kemampuan dan kebolehan yang kita ada untuk menyampaikan berita tentang Palestin. Sampaikan kepada orang ramai bahawasanya betapa menderitanya rakyat Palestin yang terjajah kerana setiap hari hidup dalam keadaan yang tidak seperti layanan yang diberikan untuk manusia. Sebarkan kempen dalam usaha untuk menyelamatkan mereka yang menjadi yatim piatu angkara kezaliman Israel.

-DANA- 
Berikan sedikit rezeki yang kita usahakan selama ini kepada rakyat Palestin untuk membantu kelangsungan hidup mereka. Sekecil apa pun sumbangam yang kita berikan pastinya sangat bernilai untuk mereka dan sesungguhnya mereka sangat menghargainya.

Bagi rakyat Palestin, bukan jumlah wang ringgit yang mereka ingin lihat tetapi usaha dan kesungguhan yang kita tonjolkan dalam membantu insan yang bergelar muslim agar mereka dapat merasakan bahawa sesungguhnya mereka tidak bersendirian dan diabaikan.

Dengan itu, ayuh bersama kita menyokong pembebasan dan kemerdekaan bumi Palestin dengan menyertai kempen " JOM MENYUMBANG RM50"

Sumbangan Tuan/Puan boleh disalurkan ke akaun atas nama (Aman Palestin Berhad)
Bank Islam: 12029010047880 (Aman Palestin Berhad)
Maybank: 562263010787 (Aman Palestin Berhad)
CIMB: 8600460353 (Aman Palestin Berhad)

#AmanPalestin
#JomMenyumbangRM50