Tuesday, December 19, 2017

Penyanyi kumpulan Shinee Kim Jong-hyun mati kerana tekanan?

Salah seorang kumpulan Shinee iaitu Jonghyun telah ditemui mati kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) di rumahnya yang terletak di Chungdam, Seoul pada Isnin lepas.

Koreaboo melaporkan pihak polis turut mengesahkan mengenai kematian penyanyi itu selepas beberapa laporan mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun tidak dapat disahkan mengenai punca kematian Jonghyun.

Menurut laporan lain, Jonghyun dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat lemas dalam kepulan asap namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Pihak polis turut menemui arang yang dibakar dalam bilik tempat Jonghyun ditemui.

Penyanyi kumpulan Shinee Kim Jong-hyun mati kerana tekanan?
Kim Jong-hyun dikenali sebagai seorang yang periang
Dalam pada itu laporan terbaharu mengatakan penyanyi itu mati akibat membunuh diri selepas menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya itu.

Kakak artis itu turut mengesahkan perkara berkenaan selain menerima nota bunuh diri daripada adiknya itu.

Artis tersebut yang terkenal di seluruh dunia masih muda yang berumur 27 tahun dan kebanyakkan peminat mendakwa kematiannya mungkin disebabkan tekanan perasaan yang melampau.