Monday, December 18, 2017

Ganja masih lagi di anggap merbahaya dan bukan menyembuh

Kerana ganja pesakit mati walaupun keadaan stabil 

Alarm zon merah berbunyi lagi. Pasti aku dan pasukan resusitasi bersiap sedia menerima apa-apa kemungkinan. Debaran tentu terasa.

"Doktor! Pesakit ini 20 tahun, alleged MVA around 2 am. Motorbike skidded. Blood pressure 84/40 with pulse rate of 120. GCS 5/15. Patah bahagian peha kanan. Open fracture, doktor." Ujar penolong pegawai perubatan PHC setelah pesakit tiba di zon merah.

Kami memindahkan pesakit dari trolley ambulans ke katil zon merah. Dengan segera aku dan pasukan aku lakukan MTLS protokol keatas pesakit itu.

Semasa melakukan primary survey, didapati pesakit itu tak dapat bernafas dengan baik kerana tahap kesedaran (GCS) yang rendah. Kami terpaksa intubate dengan memasukan ETT ke dalam trakea. Mesin bantuan pernafasan (ventilator) disambungkan.

Ganja masih lagi di anggap merbahaya dan bukan menyembuh

Walaupun pendarahan bahagian peha kanan dihentikan dengan balutan tekanan dan fluid resusitasi diberikan tetapi tekanan darah masih lagi rendah dan nadi masih terlalu laju.

"Bro, dapatkan dua IV branula besar. Kalu boleh 16G dan 18G. Kita resus dengan fluid dan blood transfusion."

"Baik bos."

Usaha kami membuahkan hasil. Tekanan darah dapat distabilkan. Aku juga lakukan FAST scan, mendapat ada free fluid. Ini menunjukan pesakit juga ada kecederaan intraabdominal. Dengan segera pesakit tersebut dirujuk pada team pembedahan.

Memandangkan vital sign sudah stabil, pesakit itu dihantar untuk imbasan CT brain, CT cervical, CT abdomen, Xray dada, Xray tulang pelvic dan Xray peha kanan.

Dapat disahkan pesakit itu mengalami pendarahan dalam abdomen akibat pecah limpa dan open fracture midshaft right femur (patah terbuka tulang peha kanan). CT otak adalah normal. Tiada pendarahan dalam otak.

Kenapa tahap kesedaran GCS pesakit itu amat rendah (5/15)? Itu menjadi persoalan. Adalah mungkin pesakit itu mengalami gegaran otak (cerebral concussion), hypovolemic shock class 4 atau mabuk akibat pengambilan benda terlarang (intoxication). Aku berfikir sejenak.

Setelah urine test untuk toxicology dilakukan, mendapati THC positif.

Apakah THC?

THC adalah Tetrahydrocannabinol merupakan bahan aktif utama dari cannabis atau ganja. Ia boleh menyebabkan euphoria (khayal). Tentunya ini khayal dari bahan ini membawa padah kepada pesakit kemalangan yang aku ceritakan.

Aku seringkali ditanya dalam beberapa siri perdebatan.

Antaranya soalan-soalan yang selalu aku terima adalah:

1. Ada ke orang mati sebab ganja?
2. Keajaiban Ganja boleh mengubati segala penyakit?
3. Allah cipta ganja dah tentu ada manfaatnya. Ada ke dalam Al-quran kata ganja haram? (Ini soalan setelah tiada lagi soalan lain, butang agama sebagai penyelamat bagi seseorang orang)

1. Ada ke orang mati sebab ganja?

Aku jawab ada. Pesakit yang aku ceritakan itu tak dapat diselamatkan. Banyak lagi kes-kes untuk diceritakan (lain kali aku cerita apa yang berlaku di hospital). Jika tak mati pun pastinya ia membawa kepada gejala-gelaja sosial lain seperti kes-kes rogol, merompak, membunuh dan lain-lain.

Antara contoh yang terbaru adalah kes remaja positif THC membakar sekolah tahfiz yang melibatkan 23 kematian.

2. Keajaiban ganja mengubati pelbagai penyakit termasuk kanser dan autism?

Jawapan aku tidak. Setakat ini tiada kajian secara 'evidence base medicine' membuktikan dapat merawat kanser dan autism. Jika ada tunjukan dan buktikan kepada saya. Dalam kajian terkini medical marijuana hanya digunakan untuk rawatan loya dan muntah kesan sampingan dari kemoterapi pesakit kanser bagi sesetengah negara sahaja. Itu saja.

Jangan anda keliru antara ganja dengan medical marijuana. Golongan yang memperjuangkan untuk halalkan ganja ni untuk apa? Untuk halalkan digunakan sewenang-wenangnya untuk rekreasi? Kalau untuk perubatan marijuana ni lain cerita lah. Tak perlu halalkan ganja pun. Biar ahli-ahli perubatan dan saintis buat kerja depa.

3. Kata mereka ganja adalah tumbuhan ciptaan Allah maka sudah tentu ia memberi manfaat.

Jawapan saya, Allah cipta segalanya termasuk juga anjing dan babi. Tetapi anjing dan babi itu haram bagi kita orang Islam. Sedemikian juga dengan ganja, ketum, arak dan sebagainya. Ia adalah pilihan kita.

Ganja adalah Dadah dan ianya kekal Haram

Ganja itu dadah, maka ia haram. Dalam menetapkan hukum bukan hanya dalam Al Quran. Ia juga dari hadis sahih dan kias ulama silam dan kini.

Sebagai contoh, pengharaman ganja: Dalil-dalilnya adalah berdasarkan surah Al A'raf ayat 157, "Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yg buruk.”

Dan dalam surah Al Baqarah ayat 219, “Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi. Katakanlah, Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Tapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.” Dan juga dari Surah-surah lain seperti Al-Ma’idah ayat 90 (Boleh rujuk sendiri).

Rasulullah SAW bersabdha yang bermaksud “Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram” (hadis riwayat Muslim dari Ibn Umar). Dan banyak lagi hadis-hadis lain.

Dari sini ganja merupakan salah satu dari kategori dadah (jenis effect halusinasi yang bersifat mengubah perasaan, fikiran dan menutup akal).

Maka ramai ulama berpendapat antaranya Imam Al Muzani, anak murid Imam Syafi’i sendiri (fatwa pertama yang mengharamkan ganja). Antara ulama-ulama lain seperti Imam Adz Dzahabi dalam kitabnya Al Kabair mengatakan, “Candu dari daun rami atau daun ganja hukumnya haram sebagaimana minuman keras. Pemakainya berhak mendapatkan hukuman sebagaimana peminum khomer, dan dia lebih busuk daripada minuman keras."

Selain itu, ulama yang mengeluarkan fatwa ganja haram adalah Ibnu Qayyim (juga pengarang kitab Tibb An-Nabawi iaitu kitab perubatan Islam kenabian berdasarkan Al quran dan hadis) dalam kitab Zaadul Ma’ad, mengatakan, “Sesungguhnya setiap yang memabukkan masuk ke dalam kategori khamr, baik berupa cairan ataupun padat, yang diperas ataupun yang dimasak. Termasuk didalamnya yang digunakn oleh orang-orang fasik dan pendosa, iaitu GANJA, seluruhnya termasuk khamr yang diharamkan secara jelas berdasarkan hadis shahih dari Rasulullah SAW yang tiada cacat pada sannad-nya: ‘Setiap yang memabukkan hukumnya haram.’

Fatwa-fatwa dari ulama terkemuka termasuk juga Yusuf Al-Qaradawi dalam 'The Lawful and Prohibited in Islam' pun kata ganja haram. Tiada khilaf antara ulama-ulama tersebut melainkan anda sendiri cuba untuk menthabit tentang halalnya ganja dengan perlu membawa bukti dari Al quran dan hadis-hadis sahih lagi sarif dan jumpa dengan ulama tersebut. Berhujah lah.

Di negara kita pula, penggunaan ganja telah difatwakan haram oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang kali Ke-76 pada 21-23 Nov 2006.

Penyalahgunaan ganja adalah satu kesalahan jenayah berat seperti yang termaktub bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

sumber dari Ahmad Zakimi