Kisah Seram ada 'peneman' di kamar kolej UITM Part 1

Aku ada satu cerita tentang kamar 2414 , Kolej Tun Fatimah , UiTM Lendu . Spread this sebelum diorang terkejut beruk sebab ' membe ' baru .

aku batch 2014-2016 , course AD ( FAME ) dekat Lendu . part 1 & 2 , Kolej Hamzah . Part 3&4 Kolej Tun Puteri .aku part 5 , Tun Fatimah . and aku mmg sampai part 5 sebab aku takda internship .

masa awal part 5 , kitorang masuk seminggu awal sebab ada study trip ke Perak . Konon cari ilham untuk final semester

then aku tumpang barang2 kat bilik member and separuh kat rumah pakngah aku . so pastu gerak gi Perak .

Balik je dari Perak , member2 ajak aku tidur bilik diorang . tapi aku taknak . sebab aku dpt tahu aku punya bilik besar

aku angkut semua barang2 aku dibantu oleh bffs sebab aku nak juga masuk bilik tu malam tu ! taknak tggu lama !

and masa bffs dah habis tolong , aku pula hantar diorang balik bilik memasing . aku sorang hadap balik bilik aku pastu .

lupa nak cakap , bilik aku tu TINGKAT 4 , bilik 2ND LAST , depan bilik air . depan bilik aku cuma dinding bilik air dan pintu

masa aku nak naik bilik ( kolej masih kosong ) , gelap gila namatey . lampu2 jalan depan parking kolej je ada .

demi Allah pertama kali aku tahu perasaan " chills " . aku dengar orang panggil nama aku , " Del ! " ( nama dekat U )

kau bayangkanlah aku sorang masa tu wei . kawan2 aku kat bilik diorang lah kan . then aku toleh belakang . aku sahut !
aku masatu fikir kawan aku . demi Allah aku tak fikir benda tu lagi . aku sahut , " woii ! raklu .!! "  then aku naik tangga .

ada kat level last sekali , siling dia berlubang . masa aku lalu bawah tu , aku rasa ada benda hembus angin dr atas tu .

aku masa tu baru seminggu beli phone baru . speaker fresh lagi . aku buka ayat2 suci . aku letak phone dlm mug ( bg lagi kuat )

aku start mengemas bilik . gambar bilik tu ada kat phone lama . dia punya usang jangan cakap . macam setahun takda orang tinggal


lepastu aku kemas sampai pukul 4 atau 5 pagi macamtu . penat dia kemain sampai aku lelap atas simen 😭

masatu aku tak pasang cadar lagi sebab beg semua aku letak atas katil . baju2 barang2 semua dah masuk almari

then patutnya bilik aku , aku duduk berdua . tapi kawan aku lagi sorang course TOURISM and dia ada INTERNSHIP .

MAKNANYA .......

aku duduk sorang the whole semester . tapi aku suka ! sebab sebelum ni aku duduk rumah anak yatim , bilik penuh

so impian aku nak duduk bilik besar tu tercapai . alhamdulillah dapat merasa . tapi indahnya mesti ada yg BURUK .

then aku hidup macam biasa . lepas seminggu , kolej mula penuh and bulan puasa pun bermula .....

aku sedih sikit sebab takda member sanggup duduk bilik aku . diorang kata bilik aku jauh , tinggi and diorang tak larat

yelah budak AD barang art banyak namatey sumpah aku kata . ada yang takut terlebih squat πŸ˜‚πŸ˜‚

masa tu jiran2 aku masih hambarudin bin sombongok 😌😌 so aku mmg akan terperap sorang dalam bilik .

tengah2 bulan puasa , heboh kes pukau lah santau lah rasuk lah sihir lah rompak lah kat Lendu . ( siapa study situ tahu lah )

aku risau sebab aku tinggal sorang . so nnt apa apa jadi , orang taktahu . so start satu malam tu , semua bermulaaa ....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM . demi Allah semua yg korang akan baca , adalah benar sama sekali .satu malam tu , aku balik dari studio . bulan puasa mmg ramai tidur lambat sampai sahur . aku jalan kaki dari studio

aku bawa dua beg . kanan kiri bahu aku ada beg . masa lalu dekat jambatan tasik Tun Fatimah ( korang mesti tahu ) , ada 'dia'

' dia ' baling2 daun2 kering dekat kaki aku . masatu area tasik gelap ! ( UiTM jimat ) . aku rasa nak tersadung pun ada

πŸ‘Ή(dia) panggil nama aku , " Del .. " . so masatu aku sure , πŸ‘Ή yg panggil aku masa hari first aku naik kolej tu .

aku telan air liur . airmata bergenangan . boyfriend takda nak mengadu . Allah saja dalam minda aku . aku adukan risau pada Dia

sampai je tangga kecik kat depan kolej TFH ( tun fatimah ) , aku rasa tali beg aku kena tarik

aku cakap , " ishhh !! " then aku rentap beg , aku panjat tangga naik bilik dengan seluas luas kangkang . selang 3 anak tangga

sampai je bilik aku , kunci jatuh . terlepas dari tangan sebab beg aku pun dah senget masa tu . then aku bongkok .

masa aku bongkok , ada cahaya dari dalam bilik aku ( bawah pintu ) . panas ! seolah kau petik lighter dekat kulit .

aku ambik kunci , pandang kanan kiri then aku masuk bilik . bilik aku bau hangus . macam isi terbakar . daging hangus .

aku letak beg . aku tukar tudung . aku buka surah ayat kursi . sambil makan roti

aku menangis masatu . sumpah sedih . jujur , aku takda mama ayah . then takda member nak teman . aku anak tunggal . sunyi !

aku istighfar . pastu aku buat kerja aku then lelap . aku tutup lampu . sebab penakut aku pun , tak suka tidur dlm terang

aku takut aku gila je . aku takut aku berhalusinasi . jadi aku tak fikir sangat pasal πŸ‘Ή . aku cool .

then tiga malam sebelum balik raya , aku baring atas katil . dgn bantal busuk . aku bangun nak ambik milo , tiba tiba ....

bantal busuk aku tu jenis gebu . tapi dah lama and berlubang2 . aku dah jahit pun . but masa tu , ada kekabu keluar

kekabu tu keluar dari bantal aku . bertabur . macam kau main pukul bantal . tapi takdalah bulu ayam der .

aku pusing , aku ambik phone . aku duduk atas kerusi . aku pandang je kekabu bantal aku bertabur

masatu pukul 1.15 a.m. macamtu . aku layan grup ws class and tanya siapa je lagi ada kat kolej . tak ramai dah .

aku call member aku dr luar . minta tolong diorang bawa aku balik pergi Seremban , rumah anak yatim aku duduk tu..esok tu member aku datang . malam . pukul 2 .

dia lepas masuk sebab PB mmg tahu aku duduk rumah anak yatim . tapi , sebelum dia sampai , aku tunggu dia sejam lebih kat pondok

pondok depan kolej . depan tu , tepi2 tu banyak pokok tinggi2 . then masa aku duduk , ada yaasin jatuh sebelah aku

maybe ada orang selit kat situ . tapi dia jatuh right on time aku dengar bunyi burung

pelik tapi siapa yg selalu overnight buat assignment kat area Zon B , mesti tahu bunyi tu . pelik kan .

then member aku sampai . aku balik seremban untuk raya dekat rumah anak yatim tu . lepas je raya , aku balik ke bilik 2414

aku masuk bilik tu . masatu mata aku bengkak nangis sebab bantal busuk aku tertinggal . aku tukar baju semua lah .

aku ambik pencuci , gi basuh muka kat bilik air . masa aku masuk bilik air , πŸ‘Ή ada .

πŸ‘Ή dalam bilik air hujung . macam mana aku tahu ?? sebab panas . bilik air tu punya tingkap tak mampu hilangkan rasa panas

aku pergi basuh muka lalu depan bilik air tu . ada 3 paip wudhu . satu tu dah loose . berikat dgn tali .

ini gambar bilik aku .(lepas kemas lah ) . korang judge sendiri besar ke tak untk tggal sorang



ni bantal busuk aku yang paling berharga . buruk sebab dah lama . Arwah mama aku jahitkan masa aku kena demam kuning masa baby



tu koyak macam kena gigit . kan ? boleh hancur aku punya benang semua . wallahualam . 10 kali jahit , πŸ‘Ή main balik bantal aku

thenn aku hidup lah macam biasa . πŸ‘Ήselalu main barang aku . dia tarik cadar kuning aku . and pakcik aku kata , πŸ‘Ή mmg suka kuning..andd , siapa ingat kes AMIRA yang kena culik tu ? kan ada rakaman suara dia kan ??? aku dengar masa tu , sebelum kantoi dia tipu

lepas aku dengar dia jerit jerit , pintu aku kena ketuk . 2 KALI SAHAJA . " Tuk tuk " . camtu . then aku cerita kt grup ws

aku menangis cari gambar mama ayah aku . aku peluk kain batik mama . aku doa semoga takda orang buat jahat pada aku termasuk πŸ‘Ή

aku buka laptop . aku nak pasang ayat kursi dengan surah al mulk . Demi Allah , lagu lain yang jalan . lagu folder lain .

then aku berundur . whatsapp dah banyak masuk sebab grup kelas risaukan aku . aku tak gerak langsung dari tepi katil .

phone aku tetiba offscreen . blank hitam . takda home takda apps . laptop aku jammed . aku cuba tekan2 tapi takda effect

demi Allah , macam yg lecturer aku kena dekat outdoor kem haritu , keyboard laptop aku tertekan sendiri . sampai ada rosak

aku duduk je . aku rasa πŸ‘Ή dekat tepi pintu almari aku . sebab aku rasa bahang dia . panas macam duduk depan unggun api

satu pesan aku , jangan lemah semangat . aku bersyukur dia tak pernah tunjuk muka .baru sebulan lebih masa tu . raya belum habis

then laptop aku stop bising . aku terus peluk laptop , aku capai yaasin . aku nak baca , aku dengar suara πŸ‘Ή

kau nak tahu suara dia cemana ? kau ketap bibir . kau bercakap . aku baca Bismillahhirrahmanirrahim , πŸ‘Ή ikut alunan tu

aku menangis sumpah . slow slow aku meniarap , aku mengiring menghadap tingkap aku baca yaasin sampai terlelap .

lepas dua minggu camtu , aku start balik bilik pukul 1-2 dari studio .

kali pertama aku balik bilik sorang lalu tepi tasik malam tu pukul 1 lebih . gelap tasik jangan cakap . makin banyak setan

aku teringat kes ' Puteri ' tasik tu . masatu dalam kepala ni semua jenis πŸ‘» ada . and time tu juga πŸ‘Ή ajak main .

berterabur charcoal ( arang lukisan ) dekat tepi batu2 tasik . KimK betul . aku siap cangkung suluh pakai phone kutip

and korang , aku bukan FOREVER ALONE eh . aku ada kawan2 . cuma aku suka gerak sorang . hm . πŸ‘Ή tarik baju aku dari belakang

aku ingat sangkut kat dahan ke ranting ke rumput ke . mak aih . mmg πŸ‘Ή pegang . aku boleh rasa ' tarik ' tu .

mulut aku bukan ayat kursi lagi dah . alip bata sajim ha kho semua . nasib tak kahak si πŸ‘Ή . aku suluh pun malu2 je .

nasib tak tersuluh jari πŸ‘Ή . aku nampak kain warna gold . emas dia kena torchlight phone aku , Allahuakbar , kalah Poh Kong

semua tahu ada pokok besar tinggi tepi tasik TF . ada satu pokok ni macam dah mati . tapi takdalah mati sangat .

ada bunyi derapan dahan , patah lah , berkuis lah . aku sampai tersembam lah sebab nak cepat . terus tak pandang belakang

πŸ‘Ή ikut . aku tahu . aku pasti . sebab ada dua orang budak perempuan suluh2 aku masa aku lintas tangga kecik tu .

budak2 perempuan ni suka lepak court tu . pastu aku naik bilik  , mandi and bla blaa blaaa .

ada sekali tu , budak2 cuti . cuti apa tak ingat . aku tak balik . sbb takda siapa dapat jemput . pakcik makcik aku busy

aku anak tunggal . ada kakak tiri . dia dah khwin and ada family . aku tak suruh dia jemput . sebab apa ? wallahualam

kau bayangkan , 4 malam aku sorang sorang dekat kolej . gelap dia Allah je tahu .

duit nak makan ? kedai makan ? jangan cakap . semua tutup . PB pun tak tahu aku ada dlm tu . abang2 and akak2 degree zon lain.

bersambung [DISINI]