Lagu Despacito Dihentikan dan Dilarang Oleh RTM

RTM dilarang siar 'Despacito'. Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta merta daripada menyiarkan lagu hit Despacito di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM selepas menerima aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

Ini kerana lagu dendangan Luis Fonsi dan Daddy Yankee itu membawa maksud yang berunsurkan lucah.

Lagu Despacito Dihentikan dan Dilarang Oleh RTM
Lagu Despacito Dihentikan dan Dilarang Oleh RTM
Menerusi satu kenyataan media, Pengerusi Keseniaan dan Kebudayaannya, Atriza Umar berkata, ia secara tidak langsung menyebarkan budaya yang tidak sihat dalam kalangan anak muda yang menggilai lagu tersebut biarpun tidak memahaminya secara keseluruhan.

"Saya kesal kerana lagu-lagu yang bermasalah seperti ini yang tidak ditapis penyiarannya  oleh kementerian yang bertanggungjawab.

"Justeru saya menyeru supaya lagu berkenaan dan juga lagu-lagu lain yang mengandungi maksud yang lucah, ganas dan sebagainya yang tidak sesuai dengan budaya Timur dan Islam dihentikan segera," katanya.

Atriza menyeru agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk bertegas dalam isu ini yang dianggap boleh mempengaruhi moral dan gaya berhibur masyarakat dalam negara ini.

Sementara itu, inisiatif sebilangan artis tempatan yang menyanyikan semula lagu berkenaan dengan lirik yang diubah menjadi lebih sopan, turut dipuji.

"Semoga penggiat seni tanah air boleh mengembleng tenaga untuk menyediakan hiburan yang lebih baik dan bermoral serta mempunyai nilai komersial yang tinggi.

"Kita menghormati hak berhibur tetapi garis panduan yang lebih jelas perlu wujud supaya hiburan itu tidak merosakkan tetapi menjadikan manusia menjadi lebih baik," katanya.

Despacito baru sahaja diangkat sebagai lagu dengan penstriman paling banyak dalam sejarah, dengan 4.6 bilion penstriman hanya dalam masa enam bulan selepas diterbitkan.