Apa itu COD ?
Masih ada lagi yang tak faham maksud COD .
COD bermaksud " Cash On Delivery" . Maknanya PENJUAL akan berjumpa dengan PEMBELI dan barang akan diberi kan secara by hand . Tapi konsep COD disini bermaksud " SELF PICKUP".
PENJUAL yang akan tentukan lokasi dan masa untuk jumpa . Bukan PEMBELI .
Kalau PEMBELI yang tentukan tempat contohnya mintak PENJUAL datang ke rumah . PENJUAL ada hak untuk mintak charge kos transport pada PEMBELI .
Sebab apa ? Sebab korang nak pergi beli ikan kat pasar pun, korang pergi pasar . Bukan pasar pergi kat korang .
Selalu dah dengar cerita customer minta hantar barang sampai ke rumah , tapi bila dah hantarkan siap mintak discount lagi . Minyak kereta tu bukan murah . Tenaga lagi . Masa lagi..
Kesian dengan PENJUAL .
Take note 👆👆👆
Harga Minyak tiap2 minggu naik dik non oiii😂
Kalau COD by SHOPEE?
"COD by Shopee" maksudnya Cash on Delivery yang dikendalikan oleh Shopee sendiri iaitu pelanggan bayar secara tunai kepada rider semasa barang dihantar, tapi Shopee yang uruskan keseluruhan proses bayaran tu, bukan seller direct dengan rider.
Ringkasnya:
🚚 Barang dihantar ke pembeli dalam masa beberapa hari. Pos macam biasa
💵 Pembeli bayar tunai kepada rider (biasanya J&T, Ninja Van, atau SPX).
💰 Rider akan serahkan duit tu kepada Shopee.
🏦 Shopee akan masukkan bayaran kepada seller selepas order disahkan diterima.
Kelebihan untuk pembeli:
- Tak perlu guna online banking/kad kredit.
- Boleh tengok barang dulu sebelum bayar (tapi tak boleh buka bungkusan, ya).
Kelebihan untuk seller:
- Tambah pilihan bayaran, lebih ramai pembeli suka.
- Duit tetap masuk ke akaun Shopee seller secara automatik, tak perlu collect sendiri.