===
Aku cuma belanjakan RM7 untuk skincare(pencuci muka je) sebulan. Lelaki cukuplah sekadar pencuci muka je. Cuma nak kongsi pengalaman yang murah tak semestinya tak bagus dan mahal tak semestinya bagus.
dulu dan kini |
Kesan selepas menggunakan cetaphil |
Lepas tuh aku guna pencuci muka harga dia RM 7 je, beli pun kat Mydin. Hanya dalam masa tiga hari pakai dan ini results dia. Sampai sekarang pakai, mangkin lama mangkin elok. haha. Nak kata flawless tuh tidak lah tapi alhamdullilah takda lah teruk breakouts macam dulu.
hasil memnggunakan produk RM7 je |
Last sekali, inilah produk yang harga dia RM7 tuh. Memang murah tapi berbaloi. Yela, kulit masing masing tapi tak salah kalau mencuba yang murah, mana tau sesuai. Semoga berjaya.
Alaisyah |
Nak tambah sikit ni, Ini adalah antara yg aku pernah pakai.Sebenarnya dah cuba beberapa produk sbelum cuba Alaisyah. Setiap produk aku pernah cuba pakai paling lama 2 bulan tapi makin teruk sampai nampak muka mcm bengkak. Bila pakai Alaisyah, baru 3 hari je dah getting better.
antara produk lain sebelum ini yang pernah pakai namun hasilnya tak berapa nak memberangsangkan |
Bukan nak kata produk yang aku pernah pakai ni tak bagus tapi bergantung pada kulit masing masing, just try n error jela. Alaisyah ni kalau kulit kau tak sesuai pun tak rugi sgt sebab dia takda la beratus kau nak kena spend hanya untuk pencuci muka je.
First kalau pakai kulit muka kau akan mengelupas,(yang jenis tumbuh jerawat macam aku) n jerawat tuh mula kering dah tak keluar putih putih tuh but dont worry mungkin tuh proses dia. Lama lama elok insyallah.
yes aku pakai pencuci muka dia sahaja tanpa krim bagai atau produk yang lain nya. Bergantung pada cara pemakaian dan disiplin
Pernah sampai dah nak giveup, kalau takda jugak jumpa yang sesuai, jalan terakhir gosok jela pakai kertas pasir. haha. Kadang kadang apa yang produk kita expect tuh tak menjadi tapi apa yang produk yang kita tak expect tuh lah menjadi.