Fattah dan Fazura telah bernikah pada 14 November lalu sekitar 12.30 tengah malam di banglo kediaman nenek aktres bintang filem Manisnya Cinta Cappadocia itu dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.
Menurut sumber, pasangan ini bukan berkahwin secara tergesa-gesa sebagaimana yang di dakwa sesetengah pihak, sebaliknya memilih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal.
Mengikut perancangan, mereka berhasrat mahu bernikah di tanah suci Mekah namun atas sebab-sebab tertentu, keputusan itu diubah pada hari pertunangan mereka iaitu pada 13 November lalu.
Fattah dan Fazura kini sedang menjalani ibadah umrah di Mekah.
Kisah cinta Fattah dan Fazura menjadi bualan hangat ramai sejak awal tahun lalu selepas mereka bergandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Sementara itu, menerusi satu kenyataan media daripada pihak pengurusan pasangan ini, mereka berjanji akan mengadakan satu sidang media selepas sekembalinya dari Mekah pada 23 November ini.
Tetiba jadi sibuk pula hal orang pula kan..
Bukan apa hari2x dok tengok laman sosial lg2x facebook penuh dengan gossip pasal dorang ni..
Kalau dah kahwin kenapa tak open je gtau dah kahwin.. kan senang..
Kalau belum kahwin cakap blom nikah lagi.. lagi senang..
Ni tak.. nak biarlah rahsia mcm siti nurhaliza juga dia buat..
Benda elok kena la share tak delah jatuh fitnah.. dah la korang tu artis pastu berahsia lagi ramai la dok heboh2x itu ini.
Boleh jadi korang punca fitnah sebab tak gtau awal2x.. Lagi mau berdiam diri..