Wednesday, August 9, 2017

Smartphone Xiaomi Mi 5X Dengan Spesifikasi Penuh

Say hello to Xiaomi Mi 5X, kembar OnePlus 5, OPPO R11 Plus dan peranti yang lain sama lokasi kamera dia hahaha (jangan marah ye. Beza lokasi flash kan

Smartphone Xiaomi Mi 5X Dengan Spesifikasi Penuh
Smartphone Xiaomi Mi 5X Dengan Spesifikasi Penuh

Khabarnya ini merupakan perlancaran pertama peranti dwi-kamera di India pada bulan September ini.

Walhal sebelum ini dah ada pun peranti Xiaomi yang dwi-kamera seperti Redmi Pro dan Mi 6 (brader, are you in ketum?

Spesifikasi Penuh Xiaomi Mi 5X 

Smartphone Xiaomi Mi 5X Dengan Spesifikasi Penuh
Smartphone Xiaomi Mi 5X Dengan Spesifikasi Penuh

Apa yang hebat sangat Xiaomi Mi 5X ni? Tengok spesifikasi dia kat bawah ni
  • Hybrid SIM Slot (dua kad SIM atau kad SIM + MicroSD)
  • Ada sokongan LTE Band 5 (850), untuk pengguna webe
  • Berat dia 165g (ringan sedikit daripada iPhone 7 Plus dan berat sedikit daripada OnePlus 5)
  • Jenis skrin dia LPTS (Low Temperature Poly-Silicon) IPS LCD
  • Skrin dia saiz 5.5-inci, 403 ppi
  • Dapat sokongan MIUI 9 (Android 7.1.1 Nougat)
  • Dikuasakan dengan Qualcomm MSM8953 Snapdragon 625 yang mempunyai 8-core (octa-core) 2.0 Ghz dan GPU Adreno 506
  • RAM 4GB dan stor penyimpanan 64GB serta MicroSD dapat disokong sehingga 128GB (menggunakan slot SIM 2)
  • Dwi-kamera belakang 12MP (26mm, f/2.2 dan 50mm, f/2/6), terdapat PDAF (Phase-detection-autofocus), 2x optical zoom dan dwi-LED (dwi-tone) flash (ahh apa ni OnePlus, dia ada dwi-tone kot ). Rasa macam tiada OIS (Optical Image Stabilization) dan EIS (Electronic Image Stabilization), serius Xiaomi?
  • Kamera depan pula hanya 5MP sahaja.
  • Ehh ada 3.5mm lah (orang lain pakat buang, hang masih lagi nak pakai? Bagus, bagus 😘)
  • Model ni pakai USB Type-C, susah la orang nak pinjam cable hahaha
  • Bateri dia 3080 mAh dan kataya ada fast charging
  • Fingerprint sensor kat belakang (ok tak sama macam kembar yang lain hahaha)
  • Terdapat tiga warna, iaitu Black, Gold dan Rose Gold
  • Harga dalam EUR 200 (RM 1007 tidak termasuk GST) dan dalam CNY 1,499 (RM 958, tidak termasuk GST). Kalau usya dekat 11street dalam bawah RM 1,200 macam tu la

Jadi apa pendapat ampa mengenai Xiaomi Mi 5X, segi harga dan specs boleh tahan. Tapi kamera hadapan Xiaomi boleh dikatakan kurang sikit tapi kamera belakang cantik. Lain orang lain cita rasa.

sumber dari OMG Hackers