![]() |
Pakai pencuci muka cecair atau sabun buku yang bagus |
Pencuci Muka Sabun Buku
Sabun buku/ Sabun bar Sabun ini biasanya lebih murah berbanding sabun cecair dan mempunyai banyak buih. Walaubagaimanapun, sabun jenis ini boleh menganggu keseimbangan pH normal kulit kerana kealkaliannya yang lebih tinggi dan sedikit berasid (pH rendah).Nilai alkali yang telalu tinggi boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Jadi, sabun buku akan membuatkan jerawat korang menjadi semakin teruk. Ia turut menjadikan kulit korang lebih kering.
Sekiranya korang memang terbiasa menggunakan sabun jenis bar atau buku, carilah sabun yang lembut serta tidak kering seperti Purpose Gentle Cleansing Bar dengan glisterin atau Cetaphil Gentle Cleansing Bar yang tidak beralkali. Di samping itu, cuba L'Occitane Shea Butter Milk Extra Gentle Soap yang diperbuat daripada sayur-sayuran dan mentega shea.
Pencuci Muka Cecair
Sabun cecair/ Pembersih muka cecair Harganya lebih mahal jika dibandingkan dengan sabun bar namun ia lebih sesuai dengan kulit wajah korang dan lebih dekat dengan nilah pH normal.Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, cuba pilih gel atau pembersih yang berbuih untuk menghilangkan segala minyak dan sisa solekan yang masih terlekat di wajah korang. Selain itu, kulit juga tidak akan kering. Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat yang tidak serius, gunalah Aveda Outer Peace Foaming Cleanser dengan asid salisilik untuk menutup liang pori.
Untuk masalah kulit kering dan sensitif, cari pembersih berasaskan susu atau krim seperti Cetaphil Original Gentle Skin Cleanser, Olay Definity Illuminating Cream Cleanser atau Shiseido Pure Cream Cleanser.