sumber gambar dari google |
Menurut Gregg Renfrew, iaitu pengasas Beautycounter, label 'selamat' dan 'semulajadi' yang sering dilihat pada bekas produk penjagaan kulit tidak memberi sebarang makna.
Apa yang menakutkan adalah terdapat juga laporan bahawa Kesatuan Eropah telah mengharamkan sebanyak 1,300 bahan kimia yang digunakan sebagai bahan pembuatan produk kecantikan manakala jumlah bahan kimia yang diharamkan oleh negara Amerika Syarikat hanyalah 11.
Tambahnya lagi, ironinya adalah ramai yang menjaga pemakanan seharian mereka dengan hanya memakan makanan organik demi mengelakkan racun pestisid yang selalu terdapat dalam bahan makanan yang dihasilkan secara konvensional namun apa yang tidak mereka sedari adalah losyen badan yang disapu di kulit pada setiap hari turut mengandungi bahan kimia yang berupaya mendatangkan bahaya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Beautycounter telah menyarankan untuk menghindari bahan kecantikkan yang mengandungi lemak haiwan, benzofenon, karsinogen manusia serta formaldehid.