Ubat Kuat Lelaki berbahaya pada jantung dan buah pinggang

Lambakan Ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa di media sosial dan juga berada di luar dengan selamba tanpa malu dan tidak memikirkan tentang risiko yang bakal dihadapi mereka yang menjual ubat tanpa kkm dan juga risiko yang bakal dialami oleh pengguna dengan kerosakkan pada jatung serta buah pinggang tapi kalau tak sempat diselamatkan boleh membawa maut.

Ubat kuat lelaki biasanya dicampur dengan sildenafil atau terbitan bagi sildenafil dan tadalafil. Bahan-bahan ini hanya boleh dikendalikan oleh doktor sahaja malah ahli farmasi yang ingin menjualnya perlu mendapatkankan preskripsi daripada doktor.

Ubat Kuat Lelaki berbahaya pada jantung dan buah pinggang
Ubat Kuat Lelaki berbahaya pada jantung dan buah pinggang
Hal ini kerana hanya doktor yang tahu keterukan 'masalah lelaki'  tersebut selepas pemeriksaan dijalankan untuk memilih dos yang betul. Dalam masa yang sama pemantauan boleh dijalankan.
Penjual online? Yang mereka tahu hanyalah meraut keuntungan daripada kebodohan sang lelaki yang kononnya hendak hebat di ranjang.

Bagi mereka yang mengetahui segala ubat-ubat yang dilarang boleh rujuk channel telegram [DISINI]