Pusat tahfiz dibakar berpunca daripada perbuatan Khianat?

Berlaku sidang media khas bersama dengan polis negara ekoran viral yang terlalu cepat dan takut berlaku salah faham tentang insiden yang berlaku pada pusat tahfiz.

ini adalah intipati dari sidang media khas.

==

Siasatan awal polis mendapati kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata motif tindakan berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.

Pusat tahfiz dibakar akibat ejek-mengejek

"Niat mereka (suspek) adalah untuk membakar tetapi disebabkan umur mereka yang masih muda, mereka tidak mengetahui akibat daripada tindakan mereka itu," kata Amar Singh pada sidang media khas berhubung insiden tersebut pada Sabtu malam.

Tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun.
"Ujian saringan air kencing mendapati enam daripada suspek tersebut didapati positif dadah jenis ganja.

"Selain itu, dua daripada kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung merusuh dan mencuri kenderaan," kata Amar Singh.

Pihak polis turut merampas masing-masing lima helai baju dan seluar, empat topi keledar, tiga buah motosikal dan tiga telefon bimbit milik suspek terlibat.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 September.

Tambah Amar, pihaknya percaya dengan penahanan tujuh suspek ini, kes ini dianggap selesai.

"Namun, kami tetap berfikiran terbuka ketika meneliti bahan bukti dan kenyataan hasil siasatan," kata beliau.

Apabila ditanya tentang kewujudan dua tong gas yang ditemukan di kawasan pusat tahfiz itu, Amar Singh berkata polis boleh mengesahkan bahawa tong-tong gas telah dibawa ke tingkat atas pusat tahfiz bagi  tujuan membakar.

"Kami boleh mengesahkan bahawa satu bahan pembakaran berasaskan hidrokarbon digunakan bagi mempercepatkan pembakaran," katanya lagi.

==