Saturday, September 16, 2017

Pengalaman makan di Jombali kegemaran Malaysia

korang pernah dengar nama restaurant Jombali? Apa tak pernah... ish2x korang kena try pergi dan rasa makanan kat sana...

meh aku explain apa yang best kat restaurant jombali ini

Restaurant jombali dengan trademark Kegemaran Malaysia menawarkan makanan tempatan dan juga barat. Dan yang menariknya adalah makanan tempatan yang diberi nafas baru lain dari lain contoh macam nasi goreng cheese ayam bbq.. Ini adalah satu kelainan berbanding kedai makan yang lain...

Dekorasi Restaurant Jombali

Dekorasi simple dan menarik. Kalau di SACC MALL restaurantnya mempunya ruang dalaman dan luaran untuk makan. Kalau dalaman ada aircond kalau luaran tak ada.. sesuailah kalau nak makan santai2x gto sambil hirup udara segar.. kalau nak sejuk masuk dalam ada aircond..

Tema yang dipilih adalah warna oren dan coklat..

Menu Restaurant Jombali

menu ada banyak sampai korang pening nak pilih.. sama ada nak barat or tempatan.. makanan tempatan pula bukan biasa2x tau.. siap ada cheese bagai semua tergoda nak makan semua.. last2x order nasi goreng Cheese Ayam Bbq dan member aku plak makan Dry Wantan Honey ayam Bbq lebih kurang macam tu.. panjang plak nama menusnya. hehe..

Pengalaman makan di Jombali kegemaran Malaysia
Nasi Noreng Cheese Ayam Bbq
Rasanya pun sangat sedap dan puas hati aku makan... Banyak sangat makanannya sampai aku minta take away nasi goreng cheese. 

member punya makanan pun sedapp..

so sesiapa yang nak cari kedai makan best boleh cari kat SACC MALL ada banyak kedai makan best dan salah satunya adalah kedai makan Jombali..

Jombali ada banyak cawangan, ada di Damansara, di Wangsa Walk, di PJ,di Batu Caves dan banyak lagi. 

Alamat Jombali di SACC Mall..

SACC MALL
Ground Floor, Lot 26, Jalan Perbadanan 14/9
Pusat Bandar Shah Alam 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Operating Hours: 9AM – 10PM
Contact: Zow Zow – 012 204 6536