Monday, August 28, 2017

Review Movie Cars 3 Masih Lagi Terbaik

Movie Cars 3 dah ditayangkan kat Malaysia tapi kat US tak silap aku dah ditayangkan lama dari bulan lepas.. cuma tak tahu kenapa jarak jauh ditayangkan dari Julai dengan hujung bulan dengan Ogos jauh sangat..lambat plak ditayangkan kat malaysia.

Macam mana dengan movie cars yang dah masuk ke siri ketiga? Still the best or makin tak best?

Sinopsis Movie Cars 3

Cars 3 kali ini memgisahkan Lightning yang mengalami masalah kelajuan dan mula sedar dengan kekalahan yang di alami kerana banyak pesaing muda-muda masuk bertanding menyebabkan pelumba veteren yang lain bersara awal.

Menandakan Lightning terasa tua lagi-lagi pula selalu kalah dengan pendatang baru yang lebih laju iaitu Storm.

Review Movie Cars 3 Masih Lagi Terbaik
Review Movie Cars 3 Masih Lagi Terbaik
Suatu hari Lightning ditimpa kecelakaan dalam perlumbaan dan hero ini still lagi nak berlumba dan mencari alternatif lain untuk mengalahkan si storm ini walaupun dah bukan zaman dia lagi..

Dapat penaja baru dengan palatih baru namun lightning tak ngam dengan pelatih baru kemudian terus mencari mentor baru iaitu smokey untuk asah skill lagi.

Review Movie Cars 3 Masih Lagi Terbaik


Dapat ke dia dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan mengatasi kereta-kereta baru yang lain dengan lebih moden dan laju?

Ulasan Movie Cars 3 (spoiler)

tak sangka walaupun dah masuk ke siri ketiga movie ini jalan cerita ni masih lagi boleh layan dan tak membosankan. 

still enjoy menonton movie ini walaupun dikelilingi budak-budak yang bising ketika menonton cerita ini kat putrajaya.. maklumalah cerita budak mestilah dorang happy.

everything is perfect.

dan di sini banyak pengajaran yang boleh kita ambil,

kejayaan kita tak selalunya berpanjangan dan pasti kita akan ada masa kita berundur untuk memberi laluan kepada orang yang lebih berhak. zaman kita sudah berlalu..

kadang jadi sedih plak tengok movie ini walaupun terlalu banyak cerita klakar dalam movie ini.. sebab ye la.. orang kata zaman kita dah lalu bg chance kat orang lain plak la nak menang..

Walaupun zaman kita dah berlalu still kita berlatih dan berkongsi ilmu dengan pendatang baru demi masa depan. 

bagi 4/5 bintang untuk movie Cars

1 comments

belum berkesempatan lagi nak tgk, ritu tgk abg long fadil 2..hehe,,