Kisah seram rumah Amityville penuh misteri

Pernah dengar nama Amityville.. ?

Kalau tak pernah dengar meh kita follow apa kisah menarik tentang Amityville..

Kisah seram rumah Amityville penuh misteri
Kisah seram rumah Amityville penuh misteri
Amityville ini adalah tempat rumah yang sangat popular di Amerika Syarikat.. kenapa popular sangat? sebab cantik ke, mahal sangat ke tu semua bukan! Ini adalah disebabkan rumah yang sangat mengerikan dan berhantu sehingga orang ramai teringin nak tengok rumah ini..

Sebenarnya rumah ini biasa-biasa je kalau kita tengok.. Berada di sebuah pekan kat Long Island, New York US. Di alamat 112 ocean Avenue nilah rumah dengan kisah hantu paling seram dan mengerikan..,

sebab apa mengerikan?

Begini kisahnya. Pada Desember 1975, ada suami istri George Lutz, Kathy Lutz dengan 3 anak mereka pindah ke rumah baru di 112 Ocean Avenue, Amityville. Di rumah ini, mereka mengaku telah diganggu oleh roh jahat dengan penampakan bayang-bayang, gangguan fizikal satu family ini.. tak sampai sebulan pun dalam 28 hari mereka tak sanggup nak duduk kat rumah tu lagi..

Sejarah rumah Amityville 

Rrupanya setahun sebelum ini telah dihuni oleh keluarga Defeo. Anak sulong mereka iaitu namanya Ronald DeFeo Jr telah menembak mati ibu bapanya dan 4 adik beradiknya. Dan dia dipenjara atas kesalahan membunuh keluarganya di rumah tersebut.

Dan apa yang menimpa keluarga Lutz pada tahun 1957 boleh dikatakan beritanya sangat viral ketika tu di kalangan masyarakat masa tu.. Dari fenomena tersebut, kisah keluarga Lutz telah dinovelkan pada 1977 dengan temu buat George Lutz.

Hollywood juga telah membuat movie pasal kisah ini pada tahun 1979 dengan tajuk The Amityville Horror'. Movie ini pun menjadi popular di seluruh dunia.

Sampai sekarang sudah ada banyak movie yang banyak menceritakan pasal rumah berhantu ini. Movie yang terakhir adalah Amityville Haunting pada tahun 2005

Kalau korang ada tengok Paranormal Activity tak ingat yang ke berapa yang mana ada satu family ini pindah satu umah baru kemudian dikacau oleh roh jahat. Pun dikatakan diilhamkan berdasarkan Amityville House.

Siap ada web rasmi Amityville House lagi dia punya keseraman tu..

Kata-kata yang paling diingati oleh Lutz ketika itu di temu duga oleh wartawan pada tahun 2002 ialah
"Saya berdoa agar tidak ada orang lain yang mengalami kejadian seperti itu lagi. Hal yang paling sukar adalah, kamu tidak mampu nak cerita kat sesiapa, tak mampu nak minta tolong dengan sesiapa, tiada yang nak faham, dengan situasi ini, susah nak faham dengan situasi di'kacau'. Kamu macam menjadi orang asing," kata Lutz.
Sejak tahun 1977 sampailah sekarang makin ramai pelancong ke Amityville, Pekan kecil ini menjadi destinasi pelancongan dengan mahu melihat rumah paling popular di US dengan seramnya dan dikatakan popular gara2x movie yang ditayangkan.

Selepas keluarga Lutz pindah keluar.. ada lagi ke yang stay umah tu lagi?

ok yang ini pelik sebab apa?

ada orang yang pindah ke rumah tu tapi mereka tak diganggu hantu pun..sampailah rumah tu sudah berpindah milik 3 kali dan semua ok je tak ada pula kisah kena kacau dengan hantu ke apa ke..

keluarga selepas Lutz cuba tukar alamat rumah supaya dapat mengelirukan pelancong agar tidak menganggu keluarga tersebut dan ada keluarga lain yang pernah duduk rumah tu cuba tukar atau dekorate dalaman umah tu supayah tak dibayangi kisah lama.

Pada tahun 2010 telahpun dijual oleh pemilik asal. Dan rumah itu dijadikan sebagai rumah hantu di mana pelancong boleh lihat dalaman umah dengan biji mata sendiri. Sehingga ramai yang berpusu-pusu dan beratur untuk lihat rumah ini.

Tapi..

Bilik tidur tingkat dua tempat keluar De Feo dibunuh dan bilik bawah tanah tidak boleh masuk.. kenapa tak boleh masuk? Sampai sekarang masih lagi misteri dengan jawapannya.. mungkin ada sebab tertentu.

1 comments

sebab terlalu femes, dah banyak kal difilemkan.. siries pun ada.