Review Movie Kung fu Panda 3

Kung Fu Panda 3 kalau diikutkan belom ditayangkan lagi di Malaysia. Dijangka akan ditayangkan pada 18 Mac 2016.


Review Movie Kung fu Panda 3
Review Movie Kung fu Panda 3

Sinopsis Kung Fu Panda 3

Movie ini mengisahkan di mana Po seekor panda yang telah berjumpa dengan ayah sebenarnya. Dan ayahnya telah mengajak untuk kembali ke kampung untuk bersama-sama dengan panda yang lain.

Po begitu teruja kerana dapat melihat panda yang lain dalam pada masa yang sama dapat belajar kuasa Chi.

Namun pun begitu, Po begitu kecewa apabila ayahnya telah menipu kerana tidak ada kuasa Chi di kampung tersebut,

Po begitu kecewa tetapi mempunyai azam yang tinggi bersama-sama kampungnya untuk membuat satu strategi menentang Pahlawan Kai yang jahat.

Pahlawan kai telah mengambil kesemua kuasa kawan Po kecuali Tigerss. 

Adakah Po dapat Kuasa Chi dan mengalahkan kai?

Review Kung Fu Panda 3

Walaupun dah series yang ketiga jalan cerita movie still lagi menarik dan kelakar. Memang berbaloi kalau nak tengok movie ni.

Dengan babak kelakar di mana Po sudah menjadi guru yang terpaksa mengajar rakan-rakannya sendiri sedangkan Po sendiri tidak ada ciri-ciri kepimpinan.

Memang sangat sesuailah kalau nak tonton bersama ahli keluarga. :D 

Bagi 3.9/5 Bintang untuk Kung Fu Panda 3