Di sini ada beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan @ kecilkan badan yang boleh diikuti oleh para wanita diluar sana.
Elakkan makanan ringan
Cuba elakkan memakan sebarang makanan ringan kerana makanan ini tidak mengandungi sebarang khasiat untuk tubuh badan anda.
Hadkan makanan tinggi karbohidrat
Ambil makanan yang berkabohidrat seperti nasi dalam jumlah kuantiti yang sikit.
Kurangkan sumber protein
Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe atau daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.
Menu makanan yang betul
Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang.
Makan banyak buah
Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat dan vitamin untuk tubuh badan anda. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epal, betik, belimbing dan sebagainya.
Kurangkan buah manis
Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.
Banyakkan minum air kosong
Sentiasa minum dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkabonat.
Bersenam
Akhir sekali pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti di luar rumah seperti berjalan atau berjogging di tempat-tempat riadah amat sesuai dilakukan setiap petang atau setiap kali masa terluang.
Petua Mudah Kuruskan Badan Dengan Pantas |
Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda wanita di luar sana untuk memiliki badan yang di idamkan.Teruskan usaha dengan konsisten agar misi anda berjaya untuk kelihatan kurus, lansing dan menawan. Semoga berjaya.
credit: Petua mudah Kuruskan Badan
4 comments
minum air banyak tu penting dlm diet..:)
makan berpada2.. krg kan lemak... manis dan garam berlebihan.... seeloknya memasak rebus ,kukus atau bakar.... sesekali tu nk ubah selera apa salahnya kan.... nanti stress pulak tgk makanan sedap2... apabila makan tu berhenti sebelom kenyang..makan sbelom lapar...
petua utk gemuk, mcm mana pulak? petua yg jimat duit yg tak perlu makan weight gain =.='
Variety sikit, kasi maintain aktiviti, boleh elakkan masalah perut buncit gak ni.
Especially berkenaan dengan menu pemakanan yang betul tuu. Ada kawan, siap kira kalori makanan yang dia ambil. Sebabnya sebelum ni dia gemok gilaa. Sekarang kurus. :)