Cara Tambah MAE ke Samsung Wallet untuk Bayaran DuitNow QR

Akhirnya Samsung Wallet kini dah ada fungsi MAE Scan QR dan Pay. tak payah lah kena tap je kan.. sekarang dah boleh scan QR je dah boleh dapat point..Kira pengguna telefon Samsung Galaxy boleh buat bayaran melalui scan QR terus melalui Samsung Wallet tanpa perlu buka app MAE.


Cara Tambah MAE ke Samsung Wallet untuk Bayaran DuitNow QR


Jadi ini adalah cara macam mana nak aktifkan MAE dengan fungsi scan QR ke dalam Samsung Wallet.

Sebelum mula, pastikan:

  • Telefon Samsung Galaxy menyokong Samsung Wallet.
  • Aplikasi Samsung Wallet telah dikemas kini.
  • Perisian telefon Samsung telah dikemas kini.
  • Aplikasi MAE sudah dipasang dan akaun MAE masih aktif.
  • Telefon mempunyai sambungan internet.

Cara Menambah MAE dalam Samsung Wallet

1. Kemas kini perisian telefon

Pergi ke:

Settings > Software update > Download and install

Pasang kemas kini terbaru sekiranya tersedia.

2. Kemas kini Samsung Wallet

Buka Galaxy Store, cari aplikasi Samsung Wallet dan tekan Update.

Menurut laporan semasa, fungsi MAE QR Payment memerlukan Samsung Wallet versi 6.6.67 atau lebih baharu. Namun, ketersediaannya mungkin berbeza mengikut model telefon dan peringkat pelancaran.

3. Buka Samsung Wallet

Buka aplikasi Samsung Wallet atau leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk membuka bahagian Quick Access.

4. Pilih QR Payment

Dalam Samsung Wallet, cari dan tekan pilihan:

QR Payment

ada option add baru iaitu QR Payment Services


kalau QR payment services tak keluar, boleh cuba clear cache Samsung Store dan Samsung Wallet kemudan Shut Down Phone, kemudian tunggu dalam 1- 3 minit macam tu baru buka balik phone.  selepas tu, check store dan update samsung wallet kemudia buka samsung wallet dan tambah QR Payment Service.  

5. Pilih MAE

Pilih MAE by Maybank2u sebagai perkhidmatan pembayaran QR yang mahu disambungkan.

6. Sambungkan akaun MAE

Tekan butang untuk menyambung atau mengaktifkan MAE. Anda akan dibawa ke aplikasi MAE untuk membuat pengesahan.

Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin sehingga proses penyambungan selesai.

7. MAE berjaya ditambah

Selepas berjaya diaktifkan, pilihan MAE QR Payment akan dipaparkan dalam Samsung Wallet dan boleh digunakan untuk membuat bayaran.


gambara sahaja


Cara Membayar Menggunakan MAE dalam Samsung Wallet

  1. Buka app Samsung Wallet.
  2. Pilih QR Payment.
  3. Sahkan identiti menggunakan cap jari, PIN atau kaedah keselamatan telefon.
  4. Imbas kod DuitNow QR peniaga.
  5. Masukkan jumlah bayaran jika diperlukan.
  6. Semak nama peniaga dan jumlah bayaran.
  7. Tekan Pay atau Confirm untuk meneruskan pembayaran.

Selain DuitNow QR di Malaysia, integrasi ini turut menyokong pembayaran QR yang serasi di Singapura, Thailand, Indonesia dan Kemboja.

Pilihan QR Payment Tidak Keluar?

  • Sekiranya pilihan QR Payment atau MAE tidak muncul:
  • Kemas kini Samsung Wallet melalui Galaxy Store.
  • Kemas kini aplikasi MAE.
  • Kemas kini perisian telefon.
  • Tutup dan buka semula Samsung Wallet.
  • Mulakan semula telefon.
  • Pastikan akaun MAE masih aktif.

Fungsi ini dilancarkan secara berperingkat dan hanya tersedia pada telefon Samsung Galaxy yang layak. Oleh itu, sesetengah pengguna mungkin perlu menunggu kemas kini seterusnya sebelum pilihan tersebut muncul.

Kesimpulan

Dengan adanya MAE dalam Samsung Wallet, pengguna Samsung kini boleh mengakses fungsi Scan & Pay dengan lebih cepat tanpa perlu mencari dan membuka aplikasi MAE secara berasingan. Hanya buka Samsung Wallet, pilih QR Payment, imbas kod DuitNow QR dan sahkan pembayaran dalam pada masa yang sama dapat mengumpul point. 

Previous Post Next Post

Contact Form