Friday, March 9, 2018

Produk The Body Shop Malaysia Yang Best Pakai

Just nak kongsikan dengan korang pasal produk The Body Shop yang best bila pakai..

Saya rasa semua dah tahu tentang kewujudan The Body Shop yang merupakan salah satu kedai kecantikkan yang ada merata tempat di Malaysia. Kira sudah dikenali orang ramai..

Harga ada yang murah dan ada yang terlampau mahal tengok jenis produk apa yang nak beli.

Tapi mana satu produk The Body Shop yang best ya?

Haa.. ini nak cerita la.. apa yang saya kongsikan adalah pengalaman sendiri menggunakan produk itu sendiri.

Senarai Produk The Body Shop Yang Best Pakai

Tea Trea Imperfection
  1. Seaweed Oil-Control Gel Cream (Mosturizer)
    Pelembap ini khas untuk mereka yang ada kulit berminyak.. sangat membantu mengurangkan minyak yang berlebihan. Apa yang bestnya produk ini adalah walaupun krim ala-susu tapi tak terlalu pekat kiranya bila pakai je pakai kat muka tak terasa minyak bila pakai dan ringan serta cepat menyerap ke dalam kulit.. Harga dalam RM65
  2. Tea Tree Anti-Imperfection
    Produk ini juga khas untuk mereka yang ada muka bermiyak atau combination skin. Mula pakai memang agak pedih sikit tapi tak adalah pedih sangat.. rasa pedih geli2x je. sesuai untuk mereka yang ada masalah jeragat atau kulit yang tak sekata.. kalau yang normal skin nak pakai pun boleh. Fungsinya adalah sebagai Membersihka., Menjernihkan, Melicinkan, Menyihatkan, Menjelaskan dan Tidak berminyak. Harga lingkungan RM90
  3. Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50
    Skin Protection kena pakai setiap hari agar muka bebas kesan matahari yang panas terik sekarang. Kesan matahari tanpa pretocetion membuatkan muka jadi cepat tua atau penuaan yang terlalu cepat. Jadi, kena pakai sunscreen macam skin Defence ni.. Sesuai sangat untuk mereka yang ada muka berminyak. Sebab teksturnya tak yang cream bersusu dan tak melekit apatah lagi berminyak. More kepada cream yang cair. Harga produk ini sangat mahal bermula dari RM125 sehingga RM155
Skin Defence Multi-Protection Essence SPF50