This thing can kill your phone's
Sekadar ingin berkongsi pengalaman saya, selama saya membuat kerja2 repair handphone. Benda ni merupakan salah 1 pembunuh fon yg paling terkenal. Jangan salah paham, saya x maksudkan semua jenis pengecas usb kereta ni tak bagus. Cuma mampu cakap hampir semua yg harga sekitar rm2 ke rm10 pengecas kereta ni dibuat dengan kualiti yg sangat2 rendah.
![]() |
pengecas usb kereta |
Hampir kesemua fon memerlukan minimum 4.8v - 5.15v utk mengecas. Pengecas kereta yg berkualiti rendah ni mampu mengecas fon pada kadar 12v dimana terlalu bahaya utk semua jenis handphone. Pernah perasan tak bila gunakan pengecas kereta terasa mcm cas kejap aje nak penuh. Ni sbb pengecas tu mengalirkan arus yg terlalu tinggi sehingga mengebab battery cepat penuh. Kebiasaannya fon tidak akan mati serta merta selepas dicas menggunakan pengecas ni.
![]() |
alat pengecas kereta |
Saya tak nak memberi sebarang cadangan brand apa yg bagus, brand apa yg x bagus. Kita sedia maklum brand boleh kene clone. Buat nyer terbeli yg clone saya plak nanti dipersalahkan. Ada juga yg cakap beli yg berpuluh ringgit pon kene juga. Jadi time nak beli tu tgk dulu build kualiti dia. Klu nampak material dia mmg nampak premium mungkin ok la kot. Lagi skali saya nak highlight, BUKAN SEMUA ye.
Kalau anda ada pakai, dan benda tu x menunjukkan simptom battery cepat naik atau panas boleh teruskan. Klu ada gejala battery naik laju semacam.. baik jangan guna. Mencegah lebih baik dari mengubati. Dan sedikit tambahan, yg build in dlm kereta punya tu tak jadi masalah. Mmg technician pengeluar kereta dah buat kira2 dan ada litar keselamatan utk mencegah over voltage dan lain2.