Friday, February 2, 2018

Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak

Logo Visit Malaysia baru-baru ini menerima pelbagai reaksi yang kurang menyenangkan dari orang ramai kerana logo tersebut dikatakand design old school atau boleh dikatakn ketinggalan zaman..

Kebanyakkan pereka grafik tidak berapa setuju dengan logo yang dipaparkan secara umum yang akan digunakan sempena melawat Malaysia.

Ini bukanlah logo yang terbaik tetapi mereka semua (pereka grafik) telah lakukan yang terbaik walaupun tanpa brief yang lengkap mahupun bayaran, hanya kerana mereka sayangkan maruah negara Malaysia. Kita tak kata logo-logo ni lebih baik dari logo rasmi, tetapi Ini adalah cara mereka bersuara, mengatakan bahawa logo rasmi Visit Malaysia 2020 yang baru sahaja dilancarkan adalah tidak sesuai atau dalam erti kata lain, lemah.

Logo menjadi maha penting apabila ia menjadi wajah bagi sesebuah negara! Negara yang di dalamnya terkandung tanah, kerajaan, rakyat dan segala institusi yang mendokong kemandirian dan kedaulatannya. Ia wajah buat kita semua, dipamer dan dipertonton ke khalayak dunia. Siapa yang mahukan wajah yang tidak menarik? Kita punya rasa dan daya kreatif, dan logo inilah representasi segala keupayaan itu. Representasi segala usaha keras kerajaan dalam menghasilkan rakyat dengan mentaliti dan daya kerja kelas pertama.

Kita semua tahu bahawa masih ramai pereka grafik tempatan yang berkualiti dan mampu hasilkan logo yang lebih baik tanpa perlu berbelanja besar.

Ini semua dilakukan oleh pereka grafik individu tanpa sebarang brief atau bayaran, BAYANGKAN jika ada brief yang lengkap dan peruntukkan? Semestinya mereka semua akan lebih bersemangat dalam menghasilkan logo yang lebih cantik. Kita juga ada banyak agensi pengiklanan tempatan yang berpengalaman.
Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak
Karya Zuhai Amani Hashim
Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak
Karya Khalis Putera Emas


Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak

Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak

Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak
Karya Megat Zulfadhli

Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak
Karya Hafis Idris

Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak
Karya Muhammad Hidaytullah

Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak
Karya Adza Edie Izwan

Design Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak
Karya Ahmad Fazrin‎

Boleh lihat lagi banyak gambar Logo Visit Malaysia 2020 Yang Gempak dalam album Grafik Malaya