Saturday, January 13, 2018

Xiaomi Mi Max 2 memang mantap bateri tahan lama

Sejak kebelakangan ini phablet dirasakan agak meningkat dan ramai yang boleh terima kehadiran phablet sejak kemunculan Galaxy Note. Sejak dari itu, banyak company menggorak langkah dengan mencipta sesuai yang sama dengan kelebihan yang berbeza seperti Xiaomi yang mengeluarkan Mi Max 2.

Susah nak jumpa phone yang macam ni sedap dan selesa sangat bila dipegang. Ringan, nipis, dan skrin besar nak mati. Memang syok buat main game dan layan Youtube ni. Untuk kegunaan harian macam kurang praktikal sebab sentiasa kena gunakan 2 belah tangan. Well itulah phablet kan.

Tarikan Utama Mi Max 2

Tarikan utama Mi Max 2 ni adalah saiz bateri 5,300mAh dia tu dan skrin 6.44-inch. Dilengkapi RAM sebanyak 4GB dan storage space bersaiz 64GB yang menyokong Kad SD sehingga 128GB. Oh processor yang digunakan adalah Octacore Qualcomm Snapdragon 625
.
Kamera dia? Not bad boleh record video berkualiti 4K guna kamera 12mp dia yang dan mempunyai aperture f/2.2 di dalamnya. Oh ya juga menyokong HDR. Nanti kami share dalam update lain ya pasal gambar dan video.
.
Untuk semua tu berapa harga dia? Haaa jangan tak percaya cuma RM1,199 (Global version). Kalau tu pun rasa mahal (tapi heboh nak phone spec best), susahlah nak jumpa bang. Patutlah dapat rating 4/5 ke atas je kat banyak tempat.

Perbezaan harga RM4,000 antara iPhoneX dengan Xiaomi Mi Max 2

Kalau kita tengok perbezaan harga antara Xiaomi Mi Max 2 dan iPhoneX adalah RM4,000 weh. Diulangi, RM4,000 woi! Boleh tambah bini satu lagi wei! Hahaha.

sumber gambar dari Instagram OhMedia
Bila ko pakai iPhoneX ni dia mahal sebab kau dapat ekosistem Apple tapi pakai Xiaomi Mi Max 2, kau dapat ekosistem Google dan Xiaomi tu sendiri. Keduanya sekali. Ekosistem Google? Yes sekali kau login akaun Gmail, terus boleh pakai Google Drive, Google Docs, Youtube, Keep, Waze, Blogspot, dan banyak lagi.
.
Semua ekosistem Google juga boleh digunapakai di iPhone tapi ekosistem Apple hanya untuk produk mereka sahaja. So korang akan stuck kat situ sahaja menghitung menunggu mati. Haha.
.
Xiaomi Mi Max 2 skrin jauh lagi besar. Bila skrin lagi besar semua benda korang buat akan jadi best. Main game, tengok Netflix, layan Youtube, tengok gambar awek, dan segalanya jadi menyeronokkan.
.
Saiz bateri dia pun 5,300mAh berbanding iPhoneX hanya 2,716mAh. Storage sama la 64GB tapi Mi Max 2 boleh masuk SD Card sampai 126GB manalala iPhone tak boleh. Korang stuck kena bayar iCloud Storage yang mahal tak seperti Google Drive yang lebih murah dan boleh simpan gambar unlimited blablabla. Kena post cerita lain kalau nak cerita pasal betapa best dan bergunanya Google Drive ni. Hehe.
.
Untuk phone harga lebih RM4,000 macam iPhoneX, semuanya kelihatan langsung tak berbaloi dan no brainer. Xiaomi Mi Max yang RM4,000 lebih murah ni boleh run dual-sim dan iPhone memang dari dulu sampai mati akan guna 1 simcard aje. Ape nak pakai satu nombor lain lagi untuk bisnes? Tim Cook cakap kau beli la satu lagi iPhone dari kami. Hahaha!
.
So harga murah kurang RM4,000 apa yang Mi Max 2 tak dapat? Yes tak kalis air, tak boleh wireless charging, skrin tak secantik iPhoneX, dan tak ada logo Apple kat belakang untuk ambil gambar depan cermin. Hahahaha.

Jadi dah nampak perbezaan antara kedua smartphone.. kalau penting battery yang tahan lama boleh beli Mi Max 2 tapi kalau suka smartphone yang complete status tinggi bolehlah beli iPhoneX
.