Monday, January 15, 2018

Review Movie The Shape of Water ala merman

The shape of water antara movie yang tidak ditayangkan kat Malaysia atas sebab tertentu seperti babak yang tidak senonoh dalam bilik air dan equality.

Tapi apa yang bestnya movie The Shape of Water sehingga dapat 8 daripada 10 markah dari IMBD manakala rotten tomatoes sendiri memberi 92% pada movie ini.

Review Movie The Shape of Water ala merman
Review Movie The Shape of Water

Sinopsis The Shape of Water 

Mengisahkan seorang perempuan yang bisu bekerja di satu tempat yang merupakan private research dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

Pada satu hari, dorang menerima kedatangan satu makhluk aneh yang baru ditemui. 

Dan sejak kedatangan makhluk aneh yang bersifat amfibia, perempuan bisu tu cuba mendekati dan mula mencintai makhluk tersebut.

Perempuan bisu ini mula sedar yang makhluk ini ada power yang tersembunyi iaitu boleh sembuh dengan sendiri dan kemudian rakannya yang botak tetiba ada rambut. 

Dan perempuan bisu ini mula merancang untuk membawa keluar makhluk ini keluar dari bangunan tersebut.. Dan bawa ke laut. 

Tapi persoalannya bolehkah dia menyelamatkan makhluk amfibia ini secara berseorangan?

Ulasan The Shape of Water

Movie ini ala-ala cerita mermaid la kiranya.. cuma movie ini perempuan suka kat merman pula. 

Movie ini tidak sesuai ditonton bersama keluarga kerana ada beberapa babak lucah yang tak sepatutnya ditonton bersama. 

Review Movie The Shape of Water ala merman
Saat mula berkenalan dengan makhluk asing
Jadi korang kenalah tengok sorang dan skip babak yang tak senonoh.

Review Movie The Shape of Water ala merman

Macam pelik pula bila bercinta dengan makhluk asing dalam movie ini... cinta itu memang pelik. haha

Pada AB sendiri cerita ini best boleh layan walaupun cerita ini panjang lebih dari 2 jam.. suka dengan pembantu pelakon negro octavia spencer dengan lawaknya yang slumber.