Thursday, January 4, 2018

Review movie Pitch Perfect 3 ni macam kurang best

Pitch perfect dah masuk series yang ketiga, menampakkan movie ini masih popular sampai ada sambungan lagi yang ketiga..

Tak sangka boleh pula ada wujud idea untuk sambung cerita untuk yang ketiga ingatkan yang kedua tu dah habis dorang dah buat haluan masing-masing..

Pitch Perfect 3 masih best ke tak?
Pitch Perfect 3 
Sinopsis Pitch perfect 3

Selepas dorang dah berpecah dan membuat haluan masing-masing mempunyai kerjaya sendiri.. Kemudian mereka ada jemputan dan mereka sangka ada jemputan untuk menyanyi bersama tapi mereka salah anggap mereka dijemput untuk menjadi penonton sahaja. Pada masa yang dorang agak kecewa dan kebetulan salah seorang team PP dapat surat jemputan untuk membuat persembahan untuk askar Amerika Syarikat. 

Mereka semua bersetuju dan buat reunion kembali. 

Pada masa yang sama mereka sebenarnya bergelut dengan kumpulan lain untuk membuat persembahan istimewa bersama DJ Khaled. Sekiranya mereka berjaya menawan hati DJ tersebut dengan persembahan yang terbaik mereka akan dipilih untuk menyanyi bersama Dj Khaled..

Adakah mereka akan berjaya?

Pitch Perfect 3 masih best ke tak?

Aku tengok cerita ini pun lepas tengok cerita jumanji dengan The Greatest Showman. 

Ada membe aku kata cerita ini boleh kata bolehla dan macam ada kekurangan.

Fat amy still the best dengan lawaknya dan serius lawak aubrey tidak menjadi. 

Pada pandangan AB sendiri cerita ini masih lagi best. cuma yang tak bestnya dorang tak ada lagu dorang sendiri macam lagu flashlight by jessi J series yang kedua sebelum ini.

Kalau ada lagu dorang sendiri atau sesuai dengan pitch perfect 3 yang terakhir tu memang dah cukup terbaik!.