Kedai Buku 1 Malaysia berhutang
Kedai Buku 1Malaysia berhutang lebih RM2 juta dengan banyak penerbit. Penerbit FIXI sudah saman KB1M (hutang RM100K++), dijangka diikuti oleh penerbit-penerbit lainSejak Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dijadikan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), jualan buku semakin teruk sebab siswa boleh guna KADS1M untuk beli benda selain buku.
![]() |
Kedai buku 1 Malaysia |
Siswa-siswa protes dan mahukan semula KADS1M. Mereka kata, "Itu hak kami!"
Sekarang ada ura-ura KADS1M akan kembali dan bukan BB1M. Sebab PRU semakin dekat, nak tarik undi pengundi muda (siswa).
Penerbit banyak gulung tikar
Penerbit buku banyak gulung tikar. Sangat menyedihkan. Hutang kepada pencetak beratus ribu tak mampu bayar. Penerbit-penerbit besar tempatan pun semakin mengecil, ramai pekerja diberhentikan. Malah ada penerbit bukan saja tak mampu bayar royalti penulis, tapi gaji pekerja juga.Kedai buku besar Popular semakin mengurangkan jualan buku dan melebihkan jualan benda-benda lain dengan nisbah 20:80. 20 = buku. 80 = benda lain.
Buku semakin dilupakan di Malaysia. Kerajaan pun tak banyak membantu. Seni pada mereka hanya muzik dan lukisan. Buku (sastera) kerap dipinggirkan.
Ibu bapa lebih ramai yang tak peduli berbanding peduli untuk didik anak suka baca buku. Lebih cenderung belikan gajet dan barang-barang simbol kekayaan palsu macam Smiggle. Lebihkan gaya berbanding kecerdikan.
Ibu bapa cenderung beli gajet dari buku untuk anak-anak
Ibu bapa tak beli buku untuk anak-anak, maka penerbit tempatan pun berhenti terbitkan buku untuk kanak-kanak. Buku kanak-kanak Melayu hampir tak ada di pasaran. Majoriti buku English.Negara maju sibuk memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak. Kita sebaliknya.
Sedangkan Melayu sudah ada hikayat-hikayat agung pada abad ke-17, sebelum mahakarya Barat wujud lagi.
Keadaan industri buku sekarang menyedihkan dan menakutkan.
Doakan bangsa Melayu kembali mencintai ilmu dan kuat bertahan melawan kebodohan intelektual. Amin.
Aku tak tahu siapa yang akan baca ini, dan siapa pula yang akan ambil berat hal ehwal buku di Malaysia.
Selagi kuasa politik didahulukan jauh lebih tinggi berbanding kecerdikan bangsa, selagi itulah cerita di sebalik tabir industri buku Malaysia ini takkan dipedulikan.