Monday, January 8, 2018

Giliran Boy Iman lancar lagu baru pula

Kalau dulu jutawan Dato' Seri Vida dengan lagu I AM ME diikuti pula dengan jutawan bisnes lelaki iaitu Dato'Aliff Syukri dengan lagunya Abang Nak Tegur yang mendapat dislike yang banyak bergandingan dengan NurSajat. Cubaan itu juga agak tidak berapa nak menjadi.

Giliran Boy Iman lancar lagu baru pula
sumber gambar dari instagram datodrboyiman_dbi
Kini giliran Boy Iman lancar lagu baru pula iaitu bertajuk Malas Nak Layan. Juga, lagu tersebut hasil dan dicipta oleh KRU.

“Tak sabar nak launch single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan. Dibuat khas selepas berlakunya “musibah” pada diri saya. Untuk semua yang support dan haters saya. Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU. Lirik oleh Edry/DBI/Becky. Terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd,” tulisnya.
Tujuan Boy Iman mencipta lagu itu adalah khas buat peminatnya termasuklah haters sendiri yang menyokong atau menentang dirinya selama ini.

Nama Boy Iman mula menjadi sebutan apabila kontroversi terdahulu dengan penipuan hartanah melibatkan ratusan mangsa pergi membuat laporan polis. 

sumber gambara dari instagram datodrboyiman_dbi
Nampaknya makin meriahlah sekarang dengan jutawan sana sini yang kini beralih arah menjadi penyanyi. Sama-samalah kita saksikan nanti sama ada lagu Boy Iman bakal Hits ataupun tidak..