Senarai movie yang diberikan adalah random dan bukan sekadar rating semata-mata. Bukan je english movie termasuklah movie luar seperti Thailand, Hindi, korea dan sebagainya..
Movie yang patut korang kena pergi tengok sebab jalann ceritan yang best pada tahun 2017..
Senarai Movie paling best kena tengok 2017
1. Bad Genius
Bad genius punya plot jalan cerita memang terbaik rasanya lain daripada lain.. Jarang kita kita tengok movie thailand yang mantap.
Bayangkan dorang buat duit berjuta-juta dengan memberikan jawapan bocor.. perghh bestkan.. tapi macam mana dorang buat korang kena tengok sendiri?
Agak2x kantoi tak?
2. Dangal
Sebuah movie hindi yang sarat dengan pengorbanan seorang ayah yang cuba berusaha membantu anaknya membina kerjaya dalam dunia sukan.
Masalahnya anak dia ni suka ke main suka gusti yang dipandang rendah oleh penduduk India masa tu
Jalan cerita ni memang best dan sangat sedih endingnya..
Sangat berbaloi pergi tengok bersama keluarga lagi2x bersama ayah. Siap-siap bawa tisu sekali
3. Fabricated City
Sebuah movie korea yang mengisahkan seorang remaja yang menjadi kambing hitam dituduh membunuh seseorang walaupun dia sendiri tak buat benda jahat macam tu...
Bukan dia sahaja yang kena malah mangsa lain pun kena sampai kena masuk penjara atas kesalahan yang dorang sendiri tak buat,.,
So remaja ni memang geram gila ibunya dah mati sebab terlalu sedih dengan anaknya masuk penjara dan mula membalas dendam siapa dalang atas kejahatan yang dilakukan.
Ending yang memang buat korang puas hati dengan balas dendam yang dilakukan oleh hero walaupun agah pedih namun berbaloi..
4. What Happened to Monday
Korang boleh rujuk review kat [SINI]
5. Get Out
Dapat anugerah seram terbaik tapi bagi AB sendiri cerita ni tak adalah seram mana tapi berbaloi tengok movie ini..
Cerita pasal racist je ni.. Orang putih yang pukau orang hitam yang datang tempat dorang dan jadikan dorang sebagai korban dan orang gaji kiranya macam hamba abdi dorang tanpa sedar dan bayaran..
Nasib hero kulit hitam ini sedar dan cuba menyedarkan kulit hitam yang kena pukau..
6. Oakja
Tak tahulah AB sendiri tengok haiwan ni macam badak bukannya babi tapi dah dorang kata babi, maka babilah jawabnya... babi ini jenis kacuk tu yang nampak macam badak sumbu je tengok..
cerita yang best dan comel je tengok haiwan ini...
rekommended boleh tengok dengan family.
7. Kidnap
Dah lama tak nampak pelakon ni helly berry berlakon. Sekali berlakon aksi memang mantap..
Yang ini plak pasal pengorbanan mak yang sanggup kejar penculik yang culik anaknya dari awal sampailah habis.. memang berani habislah mak dia ni..
Mak siapa yang tak sayangkan anak?..
Sanggup menyelamatkan anaknya walaupun apa yang terjadi..
8. baahubali
Movie tamil yang korang kena tengok part 1 dan juga part 2 kalau tak korang takkan fahamm
CGI terbaik aksi pun terbaik memang terbaik kalau korang nak pergi tengok...
masih mengekalkan konsep kekeluargaan dan gila kuasa.
9. Dunkirk
tak tahulah macam mana janna nick boleh tertidur tengok cerita ini padahal cerita ini memang best..
siapa yang suka tengok suasanan peperangan memang kena pergi tengok..
Cerita ini bukanlah pasal peperangan tapi pasal suasana tu sendiri.. macam dorang nak lepaskan diri dari peperangan, bagaimana jiran negara yang menolong tentera dari peperangan dan bagaimana juru terbang mempertahankan diri dari musuh supaya tidak menembak secara rambang orang yang dalam perjalanan pulang dari peperangan..
10.Justice league
Bagi AB sendiri Movie superhero terbaik tahun ini 2017 adalah Justice league daripada movie DC tahun ini..
Kredit gambar dari Moviestars
2 comments
semua kita tak pernah tengok lagi...hihihi...
@sitiRohaida Pergila tengok kalau ada masa nanti. hehe