Nescafe bukan punca gout dan masalah buah pinggang
Nescafe bukan punca gout dan masalah buah pinggang sebagaimana mitos yang telah dicipta oleh orang tertentu mengaitkan minuman tersebut punca utama masalah pinggang. Sedangkan pengambila yang tidak dikawal serta gula berlebihan punca utama.. sikap mahukan kemanisan membawa penyakit.
Rafidah Abdullah berkongsi pendapat mengenai mitos yang mengaitkan minuman tertentu sebagai penyebab utama gout dan masalah sakit buah pinggang..
======
hentikan fitnah kepada Milo, Sunquick dan Nescafé.
Sambil menghirup Nescafé O pagi ini (tanpa gula & susu), saya masih lagi menerima pertanyaan mengenai isu yang tular tak habis-habis.
Izinkan saya katakan sekali lagi, ketiga-tiga bahan tersebut TIDAK mengakibatkan gout dan masalah buah pinggang.
1. Untuk gout, anda boleh baca info simple ini dari NHS UK (https://www.nhs.uk/conditions/Gout/). Baca disitu: terang-terang disebut risikonya termasuk orang tua, lelaki, perempuan selepas menopaus, yang gemuk dan beberapa lagi.
2. Penyakit knronik buah pinggang mana boleh kita tahu dengan pegang-pegang. Ianya pembunuh senyap; tiada simptom sampai peringkat akhir. Jadi, yang berisiko mohon buat saringan. Baru tahu.
Nak ambil Milo, Sunquick dan Nescafé secara sederhana tiada masalah. Cara pengambilan yang sihat:
1. Milo. Buat kosong. Buat di rumah; bukan di kedai yang biasa campur macam-macam. Dalam milo sendiri dah ada gula, cocoa, calcium dan beberapa vitamin & mineral. Ok sahaja nak ambik. Satu gelas yang kosong anggaran 100-120 kcal. Kalau tiap-tiap jam minum, memang lah bermasalah. Jadi berpada-pada lah.
2. Sunquick ke, mana-mana brand jus lain ada banyak gula ya. Boleh saja ambil tapi macam biasa, kurangkan frekuensi. Sekali sekala ok. Jangan amalkan minuman manis macam ini. Akan tetapi, TIDAK menyebabkan apa-apa penyakit secara langsung.
3. Nescafé memang kegemaran saya. Saya punya O, kosong, buat sendiri di rumah. Anggaran kalori 6-10 kcal. Tapi kalau anda letak susu pekat manis, gula dan macam-macam, meninggikan kalori itu. Ha, tak lama lagi anda akan dapat Kencing Manis dan jadi Obes/Gemuk! Itu baru berisiko penyakit buah pinggang.
Cukup-cukuplah copy paste send info-info yang ternyata mengarut. Kita nak masuk tahun 2018 ni. Jadikan ini azam tahun baru anda!
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi.
======
hentikan fitnah kepada Milo, Sunquick dan Nescafé.
Sambil menghirup Nescafé O pagi ini (tanpa gula & susu), saya masih lagi menerima pertanyaan mengenai isu yang tular tak habis-habis.
Izinkan saya katakan sekali lagi, ketiga-tiga bahan tersebut TIDAK mengakibatkan gout dan masalah buah pinggang.
Fakta tentang kaitan minuman dengan masalah gout dan buah pinggang
Ini beberapa fakta:1. Untuk gout, anda boleh baca info simple ini dari NHS UK (https://www.nhs.uk/conditions/Gout/). Baca disitu: terang-terang disebut risikonya termasuk orang tua, lelaki, perempuan selepas menopaus, yang gemuk dan beberapa lagi.
2. Penyakit knronik buah pinggang mana boleh kita tahu dengan pegang-pegang. Ianya pembunuh senyap; tiada simptom sampai peringkat akhir. Jadi, yang berisiko mohon buat saringan. Baru tahu.
Nak ambil Milo, Sunquick dan Nescafé secara sederhana tiada masalah. Cara pengambilan yang sihat:
1. Milo. Buat kosong. Buat di rumah; bukan di kedai yang biasa campur macam-macam. Dalam milo sendiri dah ada gula, cocoa, calcium dan beberapa vitamin & mineral. Ok sahaja nak ambik. Satu gelas yang kosong anggaran 100-120 kcal. Kalau tiap-tiap jam minum, memang lah bermasalah. Jadi berpada-pada lah.
2. Sunquick ke, mana-mana brand jus lain ada banyak gula ya. Boleh saja ambil tapi macam biasa, kurangkan frekuensi. Sekali sekala ok. Jangan amalkan minuman manis macam ini. Akan tetapi, TIDAK menyebabkan apa-apa penyakit secara langsung.
3. Nescafé memang kegemaran saya. Saya punya O, kosong, buat sendiri di rumah. Anggaran kalori 6-10 kcal. Tapi kalau anda letak susu pekat manis, gula dan macam-macam, meninggikan kalori itu. Ha, tak lama lagi anda akan dapat Kencing Manis dan jadi Obes/Gemuk! Itu baru berisiko penyakit buah pinggang.
Cukup-cukuplah copy paste send info-info yang ternyata mengarut. Kita nak masuk tahun 2018 ni. Jadikan ini azam tahun baru anda!
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi.
![]() |
| Nescafe kosong |
