Sunday, December 24, 2017

10 Rahsia Gelap Disebalik Dunia Seni Artis Kpop


Artis2 Korea aka kpop 'tumbuh bagai cendawan selepas hujan' kerana lagu2 juga lakonan dan penampilan mereka sangat digilai ramai. Kalau peminat Malaysia pergi menonton konsert artis Korea.. macam mana keadaan dorang? Haruslah terjerit2 macam kera kena belacan bak kata nenek aku. Ehh bukan aku tau..ni orang2 yang fanatik.

Hinggakan ada yang sanggup pegang poster jika artis kpop mereka mati sebagai tanda menunjukkan kesedihan kehilangan besar artis kegilaan ramai itu dalam seni kpop.

Kegemilangan artis2 kpop ni semua orang tahu kan..tetapi ramai yang tak tahu disebalik dunia popular mereka kecapi ni sebenarnya adalah dunia yang penuh kepura-puraan dan sengsara serta menderita hanya kerana mengejar dunia glamour.

Mereka menjadi mangsa eksploitasi juga dipergunakan oleh golongan2 tertentu. Tak hairanlah ada yang sanggup bunuh diri kadang bukan kerana masalah cinta atau dadah tetapi tekanan2 inilah yang ramai orang luar dan peminat mereka tak tahu..

10 Rahsia Gelap Disebalik Dunia Seni Artis Kpop


10. Tandatangan 'kontrak hamba' selain kontrak nyanyian dan lakonan

Bintang pop Korea tidak hanya menandatangani kontrak untuk merakam album atau filem tetapi ada lagi satu kontrak digelar 'kontrak hamba' kepada pengurus syarikat rakaman mereka.

Selalunya yang jadi artis bukannya serta merta diterima menyanyi dan terus rakam album tak macam tu. Mereka harus jalani latihan boot camp bagi mengasah lagi skill2 nyanyi. Jika seseorang kanak2 telah pun dikenal pasti berpotensi menanyi dan bakal femes, kanak2 itu harus sign kontrak ni beberapa tahun bermula umur 10 tahun hinggalah dewasa.

Mereka juga perlu membayar kepada agensi selama 10 tahun semasa dibootcamp latihan dijalankan bagi kos2 seperti pelatih, makan, minum dan kos2 lain.

Dan tidak ada jalan lain nak lari atau keluar dari perkara ini. Jika bintang kpop cuba membatalkan kontrak, mereka perlu bayar balik semua kerugian 3 kali ganda dengan bayaran yang selalunya mereka dapat.

9. Jadi hamba seks kepada VIP

Jika korang bersesak2 pegang poster bersedih di atas kematian bintang kpop korang tu, dia bukanlah satu2nya bintang yang bunuh diri tau..ramai lagi sebenarnya.

Pada tahun 2009, seorang pelakon Korea bernama Jang Ja-yeon didapati mati di apartmennya. Dia membunuh diri, dan menurut nota bunuh diri yang ditinggalkan, dia tidak dapat meneruskan careernya kerana tertekan dengan kontrak "gila" yang dibuat pengurus memaksanya melayan orang2 vip dan kenamaan jika khidmat seksnya diperlukan. Jika menolak dan dedahkan tentang perbuatan tu, careernya dan popularitinya akan musnah. Semasa berita kematian mengejut itu diterima, polis terus menyerbu pejabat agensi pengurusnya dan mendapati, di tingkat tiga bangunan itu, terdapat sebuah bilik khas digunakan untuk business 'perkhidmatan seks' secara rahsia umpama bilik pelacuran khas untuk memberi perkhidmatan kepada VIP dan orang kenamaan bila2 mereka mahu.

Bukan golongan vip saja malah sesiapa saja boleh termasuk orang2 politik yang kaya, businessman yang mampu melaburkan wang mereka kearah memajukan syarikat pengurus syarikat rakaman tu.

8. Didera secara seksual sebelum menjadi bintang terkenal

Walaupun bintang kpop sangat berpotensi menyinar dalam industri nyanyian dan lakonan mereka harus dilatih dibootcamp yang memaksa mereka menyerah diri menjadi hamba seks coach yang melatih.

Dah lah terpaksa melayan nafsu seks pengurus sendiri, ada juga yang didera secara seksual oleh pelatih bootcamp tu sendiri.

Salah seorang kes pelatih paling jahat pernah ditangkap dulu ialah coach Jang Suk-woo, seorang jurulatih khas bakat di Open World Entertainment. Jang adalah seorang pelatih yang ditugaskan oleh syarikat hiburan kpop untuk melatih bintang kpop yang telah di'short listed' supaya menjalani latihan di bootcamp.

Lebih 20 orang artis kpop telah melaporkan salah laku pelatih itu kepada pihak polis dan mendakwa nya atas tuduhan merogol semasa dibootcamp tempat mereka menjalani latihan termasuklah kanak2 juga turut menjadi mangsanya.

Jang dikatakan menghayalkan mangsa dengan meletakkan dadah dalam minuman gadis2 dan merogol mereka, apabila tidak sedarkan diri.

Dia juga mendera dengan memerintahkan budak2 lelaki supaya merogol gadis2 tu sambil disaksikan olehnya melalui cctv.

Jang akhirnya dipenjarakan tapi itu hanya satu syarikat dan sebenarnya banyak lagi kes2 lain tidak didedahkan oleh syarikat rakaman lain.

Dilaporkan 34 peratus wanita dalam dunia hiburan Korea mengakui telah mengalami perkara yang sama, tetapi kebanyakannya tidak berani bersuara kerana takut career dan populariti mereka hancur.

Jang yang didedahkan sebagai coach syaitan itu pun kerana mereka2 telah dijanjikan pelbagai janji manis dibootcamp tidak dikotakan oleh pengurus masing2.

7. Wajib menjalani plastik surgery seperti termaktub dalam kontrak

Selain terpaksa berpegang kepada kontrak nyanyian beberapa tahun, dan kontrak hamba lain, setiap artis kpop perlu jalani pembedahan plastik supaya sentiasa cantik dan hensem serta digilai dan ramai peminat. Jika rupa dah ok pun perlu naik kan hidung atau bundarkan mata yang sepet.

Minor atau major plastik surgery tak kisah asalkan boleh kelihatan menyerlah serta digilai peminat2.

Memang kita semua tahu Korea dan pembedahan plastik berpisah tiada hinggakan ada yang bukan artis kpop pun sanggup buat.

Bagaimanapun, bintang K-pop yang bercita-cita tinggi yang ingin cepat femes kadang mereka dah sedia cantik dan hensom pun dipaksa buat surgery kerana terikat dengan kontrak.

6. Bintang K-Pop tak mewah dengan duit seperti yang digambarkan

Kalau dah femes ramai peminat mestilah banyak duit kan..hakikatnya tak..mereka sengsara. Ia pernah berlaku kepada salah seorang bintang group kpop yang femes contohnya 'Girls Generation' yang bercerita yang dia terpaksa menghabiskan masa 11 tahun di kem latihan bootcamp sebelum dapat memegang dan merasai duit hasil titik peluh sendiri.

Ada juga group yang langsung tak merasai wang hasil persembahan mereka contohnya kumpulan yang dipanggil Block B
mendedahkan bahawa pengurus agensi mereka tidak membayar mereka lebih dari satu tahun. Jadi mereka terpaksa menagih ehsan ibu bapa masing2 supaya menanggung mereka malah terpaksa membayar kepada agensi bagi segala kos dibootcamp yang dianggarkan sebanyak $ 65,000, dan setakat ini, mereka tidak pernah merasa mewah dengan persembahan yang dibuat.

Sekiranya seorang penyanyi ingin mencari duit sendiri nak mewah sendiri, mereka biasanya perlu melakukan perkara yang tidak digemari. Contohnya kumpulan kpop Stellar bercerita yang mereka terpaksa ikat perut berkongsi makanan dengan 4 orang ahli lain semata nak jimat duit buat video clip sendiri. Dan mereka juga buat video klip aksi erotik atau aksi extreme supaya peminat lebih suka. "Jika kami tak buat macam ni, orang tak tahu pun kami ada album baru"

5. Menjalani latihan Boot Camp umpama hamba?

Selama sepuluh tahun atau lebih menghabiskan masa di bootcamp bukan sesuatu yang menyeronokkan tetapi sangat menyeksakan umpama hidup dalam kem tahanan yang dilatih seperti hamba.

Bintang2 kpop ni dilarang bersocial semasa menjalani latihan. Jadi telefon bimbit dan bercouple tidak dibenarkan.

Sekiranya mereka mahu menjalani kehidupan sosial, mereka perlu hasilkan album meletup femes dulu. Walaupun mereka diajar menyanyi dan menari, mereka juga umpama pekerja yang tiada dibayar gaji.

Menurut pengalaman seorang penyanyi yang dipanggil Jo Kwon memberitahu media bahawa ketika dia berada di kem dia dipaksa membuat kopi jadi pembancuh air kepada pekerja2 syarikat rakaman, dan kerja2 lain yang tiada kaitan contohnya berus lantai cuci tandas menyapu dan sebagainya.

4. Blackmail artis mereka

Kadang2 artis kpop sebenarnya boleh je mengurus diri sendiri tanpa bantuan pengurus yang mengenakan kontrak2 membebankan. Namun ada yang terus setia dengan pengurus mereka kerana rahsia buruk masing2. 

Pernah terdapat kes seorang pengurus artis kpop mendapati salah seorang artis dibawahnya adalah seorang homoseksual aka kunyit jadi dia mengupah seorang lelaki hensom kunyit menggoda artis itu dengan letakkan kamera tersembunyi merakam segala perlakuan seks sonsang mereka. Kemudian dia menghantar video itu kepada ibu bapa lelaki artis itu dan mengancam untuk viralkan video tu kepada orang ramai kecuali mereka membayarnya dengan sejumlah wang sehingga $500,000.

Pernah juga berlaku kepada bintang kpop Baek Ji Young dimana pengurusnya memerangkap dia dengan mengugut akan viralkan video skandal seksnya dimedia social jika berani menukar atau menamatkan kontrak. Sebab itulah dia bertahan bertahun2 dengan pengurusnya.
Hinggalah satu hari Baek cuba mendakwa pengurusnya namun dia sangat licik hingga berjaya melarikan diri ke AS. Apabila ditangkap ternyata dia juga mempunyai rekod jenayah lain seperti merogol.

3. Rasuah juga penyumbang keuntungan

Memeras ugut artis2 dibawah kelolaan pengurus bukanlah satu2 cara untuk mereka mengaut keuntungan malah merasuah pihak lain juga salah satu daripada cara yang dikatakan masyuk peroleh duit yang banyak.
Kadang agensi nyanyian sogok rangkaian tv radio media ni semua bagi menjadikan lagu artis mereka hit padahal takda la mana femes sangat pun.

Di Korea Selatan, ia hanya sebahagian daripada perniagaan. Seperti yang dikatakan oleh seorang eksekutif, "Menyuap adalah pemasaran. Dengan rasuah sejumlah kecil wang, anda mendapat pulangan yang besar "

Pernah terdapat kes agensi ditangkap kerana merasuah media berjuta-juta dolar dan naik mahkamah turun beberapa kali tetapi kes itu takda pun selesai tergantung.

2. Peminat fanatik mengupah 'sasaeng' (driver teksi) mengintip artis kesayangan mereka

Jika korang rasa menyanyi membuatkan bintang2 kpop ni femes namun tak bagi artis2 kpop ni..mereka tak selesa dengan keadaan ini. Kerana peminat kpop bukan peminat biasa2 macam artis Malaysia dengan menyokong sekadar membeli album, ..peminat kpop ni sebenarnya sangat fanatik dan gila.

Jadi ini juga masalah tekanan bagi artis2 kpop. Terdapat kes dimana peminat bintang kpop mengupah pemandu teksi yang digelar 'sasaeng' dengan jumlah wang yang banyak bagi mengintip kemana saja artis kesayangan mereka pergi dan dengan siapa.
Kadang2 perkara ni sangat membahayakan kerana ada juga yang sanggup mengupah orang meletakkan kamera tersembunyi dalam kereta artis kesayangan mereka supaya dapat merakam apa saja yang dilakukan pada hari itu.
Ada juga seorang peminat fanatik artiskpop korea ceroboh rumah artis lelaki itu semata hendak curi seluar dalam je untuk dijadikan kenangan.

Cerita paling pelik pernah dilalui adalah dari kumpulan JYJ. Mereka menceritakan yang mereka pernah dapat surat berdarah peminat fanatik yang menulis surat itu dengan darah period dia. Geli dan sangat menjijikkan. Tetapi itulah keadaan yang terpaksa artis korea tanggung.
Jadi keadaan ni mengundang mental bukan keseronokan.

1'Haters’ juga cuba membunuh mereka

Bintang K-pop tidak hanya mempunyai peminat, malah musuh haters pun ramai yang hanya mahu melihat career mereka musnah dan mati, selain menulis komen2 menyakitkan hati dimedia social.

Terdapat satu kes haters kepada artis kpop Yunho cuba meracun artis itu dengan letak pelekat racun dalam minumannya hinggakan ia trauma kerana pengsan masuk hospital.

Paling teruk kes berlaku adalah keatas pemuzik Korea, Daniel Lee, alias Tablo, haters dikatakan telah memusnahkan careernya hanya kerana beritahu tempat dia belajar.
Dia beritahu yang dia memperolehi pendidikan masternya di Universiti Stanford, namun haters tidak percaya dan viralkan yang Lee seorang pembohong.

Lee cuba menenangkan mereka dengan menunjukkan sijil dia namun masih ada yang tak percaya.Konspirasi liar mula mengatakan bahawa dia telah mencuri identiti graduan Stanford lain, dan berita tersebut betul2 mengundang tekanan buat dirinya. Dengan ditambah komen2 ancaman di media social hinggakan ada yang menyatakan ibunya seorang pelacur.

Oleh kerana sangat tertekan dia terus bersara dalam bidang seni kpop. Dalam satu interview kepada media, dia memberitahu wartawan yang dia terpaksa berbuat begitu kerana risaukan keluarga, isteri dan anaknya. Tak mustahil nyawa mereka juga terancam kerana fitnah haters ni.