Saturday, November 18, 2017

Sewa kedai di Shopping Mall yang merumitkan owner

Sedang kita berjalan-jalan di Pusat Membeli Belah, mata kita sering terlihat kedai-kedai yang kita boleh kira dengan jari pelanggannya.

Kadang kala ada kedai yang kita duduk dan kira
dalam masa 3 jam, berapa pelanggan yang lalu dan
masuk dan ianya pada hari minggu.

Sewa kedai di Shopping Mall yang merumitkan owner


lalu kita kira, berapa agaknya untung mereka yang
buka kedai dalam shoping mall ini agaknya ya..
Kita tidak tahu berapa ramai sebenarnya yang
menderita berniaga di dalam shoping mall ini.

===
NO 1
===

Di dalam Shooping Mall, jika pekerja cabut, maka pemilik wajib buka kedai, jika tidak perniagaan itu akan didenda kerana tidak beropersi.

Sudahlah ditimpa susah, didenda lagi.
Kadang-kala denda mencecah 4 angka sehari.
Pengsan sekejap.

===
NO 2
===

DI dalam SHOOPING MALL kita
tidak ada hak mentadbir perniagaan
sendiri, jika mahu renovate wajib pakai
kontraktor mereka, jika mahu buat wayering
wajib pakai kontraktor mereka.

Jarang sekali ada Shooping Mall yang benarkan
kita gunakan kontraktor sendiri. Semuanya ditentukan
oleh mereka, kebanyakkan pemilik hanya tahu
perkara ini selepas mereka sign agrement sewa dan
beri duit sewa.

Mereka tahu hanya selepas mereka menyampaikan surat
permohanan renovasi kepada pihak pengurusan, dan
pihak pengurusan memaklumkan perkara ini di dalam
surat balas. :)

Harganya guna "kontraktor mereka"
biasanya lebih mahal dari biasa.

Budak baru nak naik janganlah ambil
kedai dalam shoping mall..

Cari nahas namanya

===
NO 3
===

Di dalam shooping mall, kita nak tinggal
kedai macam tu sahaja pun tidak dibenarkan.
Jika mahu keluar dari kedai, wajib tanggal semua
renovasi atau kena saman dengan pengurusan shoping mall..
Masuk kena bayar, keluar wajib bayar.

===
NO 4
===

Di dalam SHOPING Mall, kita tidak boleh
suka-suka cuti, mahu cuti kena minta kebenaran management, jika mahu cuti kecemasan kena bayar denda.
Kemudian kena report sales setiap bulan
kepada management.

===
NO 5
===

Barang yang boleh dijual yang ada dalam kontrak sahaja,
tak boleh diversify dalam shop lot.

Sewa kebanyakkan minta setahun terus jika
mahu diskaun.

Banyak lagi kekurangan untuk budak baru
macam kita ni buka outlet dalam Shoping Mall.
Jika poket belum tebal dan hati belum kering,
lupakan jerlah.

===
NO 6
===

Di dalam Shoping Mall pihak pengurusan berhak menyuruh kita pindah premis dengan pelbagai alasan.

Kita suka atau tidak kita wajib akur atau keluar.
Biasanya berlaku selepas kontrak habis dan
ketika mahu renew kontrak sewaan.

Situasi ini berlaku bila ada "orang lain" berminat
dengan tapak kita dan mahu bayar dengan harga
lebih mahal.

Sudahlah baru setahun kita renovasi, kena pulak kita
terpaksa pindah kerana dipaksa. Masa itu menangis
air mata darah pun sudah tidak berguna.

===
NO 7
===

Dalam Shooping Mall, buka lambat pun
tokey kedai boleh kena denda.

Ada tokey kedai yang bayar denda beribu
sebulan sebab staff asyik datang lambat dan
lambat buka kedai...

======

Begitulah cerita Buka Kedai Di Shooping Mall.
Ada cerita manis juga, nanti kita cerita kemudian ya.

Jika suka, sharelah supaya ramai yang
mendapat manfaatnya.